’14 Tahun Arwah Meninggalkan Kami, Rindu Sangat’ – Keluarga Achik Spin

Shopee Sale


Achik Spin

Kakak kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin yang dikenali sebagai Nurul Faizul meluahkan rasa rindu terhadap arwah adiknya.

Keluarga rindu Achik Spin

Achik Spin

Menerusi hantaran di TikTok, Nurul berkata dia dan keluarga amat merindui sosok penyanyi tersebut dan tidak menyangka sudah 14 tahun arwah meninggalkan mereka.

14 tahun arwah (Achik Spin) meninggalkan kami sekeluarga. Rindu sangat.

Dalam perkongsian sama, Nurul turut memuat naik keratan surat khabar mengenai berita kematian arwah adiknya.

Menerusi satu lagi hantaran di platform sama, Nurul dilihat memuat naik foto dia bersama adik-beradiknya yang lain.

Sekadar info, Achik yang merupakan vokalis kumpulan Spin meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn Bhd (LEKAS).

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Nama kumpulan Spin menjadi fenomena sekitar tahun 90-an dan awal 2000 menerusi untain lagu hits mereka seperti Malam Semakin Dingin, Mengusung Rindu, Malam Semakin Dingin dan banyak lagi.

MENARIK:  [VIDEO] Ozlynn Dedah Sisi Berbeza Johan – ‘Dia Sebenarnya Seorang Yang Pendiam & Tak Banyak Cakap’

Achik juga popular menerusi lagu duet bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih, Gurauan Berkasih dan banyak lagi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular