A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies, Bagi Pengajaran Buat Artis Terpalit Kontroversi

Shopee Sale


Penerbit Datuk A. Aida bertegas dan memberitahu bahawa dia enggan bekerjasama dengan pelakon Ruhainies susulan kontroversi ditangkap berkhalwat bersama aktor Aliff Aziz yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Tidak ada peluang untukmu

Menurut A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, dia tidak mahu isu yang sedang berlaku ini memberi kesan kepada karya terbitan syarikat miliknya.

Saya tidak mahu ambil dia berlakon lagi. Apabila isu ini berlaku saya tahu ia akan menjejaskan drama atau telemovie terbitan saya.

Menerusi posting di Instagram, A.Aida meluahkan rasa kesal terhadap seorang pelakon yang pernah dianggap sebagai orang kesayangannya.

Difahamkan, Ruhainies sepatutnya bakal memula penggambaran sebuah telefilem berjudul Elham Untuk Nian pada April. Bagaimanapun A.Aida bersama pasukan produksi bersetuju untuk mencari pelakon wanita lain bagi menggantikan watak utama telefilem berkenaan.

Kita berbincang dan sudah tetapkan tarikh. Cuma belum tandatangan kontrak sahaja. Kalau sudah tandatangan pun saya sebagai penerbit berhak untuk buang namanya. Bagi saya isu yang berlaku ini serius dan dia terpaksa akur namanya tidak lagi terlibat dalam telemovie itu nanti.

Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis yang buat masalah saya akan blacklist.

Berbicara lebih lanjut, A. Aida mengakui tindakan sebegini merupakan satu pengajaran buat anak seni agar tidak terlibat dengan kontroversi yang boleh mencemarkan nama baik industri. Pada masa yang sama, A. Aida juga mahu menjaga hubungan baik dengan isteri Aliff iaitu pelakon Bella Astillah.

Saya pun baik dengan Bella, jadi rasanya tidak elok saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku melibatkan mereka semua. Bagi saya tindakan (blacklist) sebegini harus jadi pengajaran buat semua.

Seorang artis itu sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai.

Terdahulu, nama Ruhainies dan Aliff mula menjadi bualan ramai sejak Sabtu lalu selepas mereka ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

MENARIK:  Wulan Guritno Menolak Rawatan Kecantikan, Lebih Memilih Gaya Hidup Sihat - 'Sudah Dua Tahun Saya Kurangkan Gula'

Ruhainies menerusi kenyataan kepada media menegaskan hubungannya dengan Aliff tidak lebih daripada sekadar kawan dan menyifatkan beberapa fakta mengenai isu diperkatakan tidak benar.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular