Aaron Aziz Tak Layan Komen ‘Nakal’ Netizen – ‘Isteri Saya Pesan Jangan Balas, She Is My Big Alarm Clock’

Shopee Sale


Aaron Aziz

Pelakon Datuk Aaron Aziz menasihati golongan selebriti tidak perlu melayan komen nakal netizen atau ‘berperang’ dalam media sosial berhubung isu gerakan Blockout 2024.

Jangan balas komen netizen

Aaron Aziz

Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz berkata, netizen berhak untuk bercakap apa sahaja yang mereka mahu, namun pada akhirnya hanya Sang Pencipta mengetahui segala usaha dan perjuangan yang dilakukan kepada Palestin.

Kalau kenapa ada yang tak bersuara untuk Palestin itu, saya tak tahu apa nak cakap sebab saya pun tak tahu kenapa dia tak bersuara, atau pun mungkin dia bersuara tapi bukan dalam sosial media.

Saya lihat di negara luar bila ada orang non-muslim juga sokong gerakan ini (Blockout 2024), saya rasa wow, ia sangat bagus.

Tapi bila gerakan itu berlaku di sini, biarlah orang nak cakap apa kan. Biarlah netizen nak cakap apa yang mereka mahu. Kita (artis) tak payah tergesa-gesa untuk buktikan ‘saya betul la’. Sebab at the end of the day, between you and Allah.

Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, aktor asal Singapura ini memberitahu isterinya, Datin Diyana Halik sentiasa berpesan agar membiarkan sahaja komen netizen yang menulis perkara tidak baik.

Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya. She is my big alarm clock.

Dia selalu cakap ‘kenapa nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini.

Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji. Semua orang nak, tapi kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, kena terima sebab tak semua orang suka.

Sebab lagi balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh.

Sekadar info, filem aksi heist, The Experts terbitan oleh Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bersedia menemui penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara.

MENARIK:  [VIDEO] Anak Shuib Bermain Guna Tangan Kiri, Keadaan Tangan Kanan Jadi Bualan Netizen – ‘Macam Ada Masalah Otot Sebab Asyik Genggam’

Selain Aaron Aziz, filem ini turut dibintangi Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular