Abby Abadi Sindir Norman Hakim? – ‘Tak Dapat Dihubungi? Buat Kelakar Ke Apa Ni?’

Shopee Sale


abby norman

Minggu ini dunia hiburan kecoh dengan perbalahan antara pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim berkenaan kontroversi anak perempuan mereka, Marissa Dania yang telah berkahwin di Thailand.

Abby sindir Norman

abby norman

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik artikel daripada sebuah portal berita. Ia berhubung kenyataan Norman yang mengatakan dia tidak dapat menghubungi Abby.

Tidak berdiam diri, aktres berusia 47 tahun itu kemudian membalas kenyataan tersebut dengan nada sinis.

Tak dapat dihubungi? Buat kelakar ke apa ni?

Lupa nak beritahu, line tak ada. Saya dah pindah Mongolia semalam.

Norman sebelum ini memohon maaf kepada Abby Abadi berhubung isu anak mereka dan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Aktor itu juga meminta Abby untuk tidak lagi berkongsi tentang isu berkenaan di media sosial dan menafikan dia bersikap lepas tangan.

Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

MENARIK:  Kacak Tolak Tawaran Vida Beli Tiket Penerbangan Kelas Pertama RM40,000 – 'Saya Pilih Naik Flight Biasa'

Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular