Acap S: Kecewa Ibu Dengan Keputusan Saya di Pertandingan, Tidak Berjaya Bawa Pulang Trofi

Shopee Sale


acap s

Saat namanya diumumkan sebagai finalis dalam kategori Best National Comedy Influencer sempena KNKV Award 2024 bersama empat calon lain, tiada apa yang diharapkan oleh pempengaruh media sosial, Acap S selain diumumkan sebagai pemenang.

Berharap nak menang

ACAP S

Namun, nasib tidak menyebelahi Acap S sebaliknya berpihak kepada rakan baiknya, Ryan Bakery yang diangkat sebagai pemenang anugerah bagi dua kategori.

Kata Acap S, dia sedih kerana pulang dengan tangan kosong tetapi dalam masa sama tumpang gembira dengan Ryan.

Saya gembira apabila nama Ryan diumumkan sebagai pemenang tapi dalam masa yang sama bersedih dengan kekalahan sendiri. Ini merupakan penampilan perdana saya ke dalam industri hiburan tanah air.

Memang saya datang dengan harapan yang sangat tinggi untuk menang dalam kategori berkenaan. Tak mengapa, ini merupakan pengalaman pertama saya bersama dengan barisan Influencer berpengaruh tanah air dalam acara berkenaan, itu sudah cukup menggembirakan.

Selain Acap S dan Ryan, We Xiang Tan, Ikhmal Nour dan Imran Bard turut tercalon dalam kategori berkenaan.

Tambah anak kelahiran Gerik, Perak, dia menangis apabila mengenangkan hasrat ibunya, Jamilah Ahmad yang mahu dia mendakap trofi kemenangan.

Sudah pasti hasrat tersebut tidak terlaksana dan membuatkan air matanya menitis mengenangkan harapan tinggi yang diletakkan oleh orang yang paling disayanginya.

Malam itu ibu melihat saya di TV. Awal-awal lagi dia mengharapkan saya membawa pulang trofi tapi berakhir hampa. Saya menangis mengenangkan perkara itu memandangkan ahli keluarga lain turut mengharapkan perkara yang sama.

Lagi satu saya terkilan kerana tak dapat menghadiahkan kemenangan itu kepada isteri saya, Nur Adriana Syazwani Asrul Affendi dan peminat yang mengundi saya sejak awal lagi. Mereka begitu gigih mengundi dan saya harap semuanya bertenang, kita cuba lagi pada lain masa.

Jelasnya, Adriana begitu teruja saat namanya mula dicalonkan dan mereka sudah merancang pelbagai strategi untuk meraih undian sejak awal pencalonan lagi.

Ulang alik dari Gerik

ACAP S 2

Mengimbas kembali perjalanan seni Acap S, dia sebenarnya terlebih dahulu menerusi aplikasi Bigo Live sebelum beralih sebagai selebriti TikTok. Dia juga pernah terlibat dalam beberapa buah drama dan filem tempatan termasuklah Muliakah Aku, Keluarga Kamil, Siti Supir dan Jiwa 18.

MENARIK:  [VIDEO] Adakah Insiden Helikopter Terhempas Termasuk Dalam Syahid Akhirat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Jelasnya, dia akan mempertimbangkan segala tawaran berlakon memandangkan ketika ini dia masih tinggal di Gerik kerana menjaga ibunya.

Tidak ada perkara paling membahagiakan selain dapat menjaga ibu. Sejak arwah ayah meninggalkan kami hampir satu dekad yang lalu, sayalah yang menjaganya. Segala keperluan disiapkan untuk ibu sebelum saya keluar bekerja.

Saya akan berulang alik dari Gerik ke Kuala Lumpur sekiranya ada pekerjaan yang perlu diselesaikan dan menganggap ini merupakan pengorbanan yang manis dari anak kepada seorang ibu.

Kalau ada tawaran berlakon memang saya mahu kembali aktif memandangkan itu memang sudah menjadi minat sejak dahulu. Kalau boleh memang saya mahukan watak kelakar kerana itu memang minat sejak dahulu.

Tapi sekarang pun saya gembira dapat menghiburkan pengikut setiap kali live di TikTok, korang jangan lupa follow saya.

Sekadar info, Acap S atau nama sebenarnya Mohammad Asraf Jaafar, 29 tahun merupakan salah seorang ‘influencer’ berpengaruh tanah air. Dia yang mempunyai satu juta pengikut di TikTok dengan menggunakan nama @acaps19.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular