‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ Bakal Temui Peminat September Ini, Pembeli Tiket Awal Dapat Harga Istimewa

Shopee Sale


Berita baik buat peminat dua penyanyi Indonesia iaitu Afgan dan Lyodra apabila pasangan ‘Ada’ yang sedang ‘top’ ini bakal menghiburkan anda dalam sebuah konsert yang epik berjudul ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’.

Temui peminat 28 September ini!

Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur, Afgan dan Lyodra bakal menemui para peminat industri muzik galau tanah air pada 28 September ini. Wah beberapa bulan sahaja lagi itu!

Selain Kharisma Music sebagai sebuah syarikat penganjur konsert terkemuka negara, konsert ini turut dianjurkan oleh jenama kosmetik terkenal tanah air iaitu Alha Alfa dengan penganjur bersama iaitu Intan Gelombang serta Futurace.

Walau bagaimanapun, segala info mengenai konsert tersebut masih lagi menjadi teka-teki dan segala persoalan bakal terjawab dalam sebuah sidang media khas yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Apa yang pasti, jualan tiket akan bermula pada tarikh 10 Julai 2024 jam 12 tengahari di laman web http://www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

Apa yang menarik, para pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024 bakal ditawarkan dengan harga istimewa ‘early bird’ seperti kategori-kategori berikut: 

  • Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
  • Escape (RM338, harga biasa RM438)
  • Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
  • Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
  • Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
  • Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)
MENARIK:  Mufti Pulau Pinang Berpesan Agar Umat Islam Tidak Memiliki Kebijakan Buta Terhadap Nasab Rasulullah Tanpa Penelitian Menyeluruh

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan tiket ke konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ dengan segera!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular