‘Ada Yang Kata Anak Saya Tak Comel, Sedih’ – Ernie Zakri

Shopee Sale


Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri mengambil pendekatan untuk mula kurangkan berkongsi mengenai anaknya, Nur Khawla Soleha dalam media sosial susulan terdapat komen kurang baik yang ditinggalkan netizen.

Kurangkan kongsi

Ernie Zakri

Akui sedih dengan sikap segelintir wargamaya, pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, berkata dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

Namun tidak bermakna dia menerima dengan hati terbuka mengenai komen kurang sopan yang dilemparkan netizen kepada cahaya matanya itu.

Normal untuk seorang ibu berasa begitu (sedih) dan normal juga ada segelintir netizen yang saya boleh kata kadang-kadang ‘tidak sihat’ atau tidak berakal.

Tetapi saya sebagai ibu harus mengambil tanggungjawab kerana saya yang post mengenai anak di media sosial.

Bukan kata saya menerima dengan hati terbuka apabila ada orang kutuk anak saya, tetapi apabila saya sudah tahu pendedahan (posting) itu membawa ke arah lain, saya mula kurangkan post fasal anak saya.

Ini tanggungjawab saya dan suami. Saya tahu tidak semua orang suka tengok anak kami. Ada yang kata anak saya tak comel, sedih saya.

Ernie berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gundah ini memberitahu dia dan suami, Syamel tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang selagi perkara berkenaan tidak mengganggu reputasi mereka.

Setakat ini, saya dan suami anggap apa yang kami lalui tidak terlalu teruk. Jika dilayan semakin menjadi-jadi perangai netizen ini. Mereka mahukan perhatian.

Jadi jika tak beri perhatian pasti mereka akan berhenti. Tapi yang tidak berhenti komen, banyak masa di rumah saya boleh katakan dia gila.

Saya berdepan dengan ramai netizen yang tidak berhenti-henti DM kerana mahukan perhatian saya. Selagi tidak menjatuhkan reputasi kerjaya dan keluarga saya, tidaklah saya ambil tindakan.

Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun.

MENARIK:  Marsha Milan Sudah 10 Tahun Bergelar Muslim, Akui Gementar Setiap Kali Bulan Ramadan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular