Adakah Normal Untuk Rasa Bersalah Kerana Bekas Isteri dan Anak-Anak Tidak Pernah Menyusahkan Saya?

Shopee Sale


lelaki terdesak duit

Di aplikasi X, seorang suami tampil berkongsi perasaan yang membelenggu dirinya selepas berkahwin kali kedua.

Rasa bersalah dengan anak-anak

Sekadar gambar hiasan

Menurut lelaki yang enggan mendedahkan identiti dirinya, dia mempunyai tiga orang anak dengan bekas isteri. Sejak bercerai, mereka tidak pernah bersemuka kecuali menghantar kiriman mesej untuk berjumpa dengan anak-anaknya.

Saya suami ada tiga anak dengan bekas isteri. Anak sulung lelki dan dua lagi perempuan. Isteri saya sekarang, jauh lebih cantik, solehah, tutup aurat, solat pun jaga, tak tinggi suara, tak moody, layan anak pun lembut saja. Kami ada sepasang anak. Sejak 10 tahun berpisah dengan bekas isteri, saya tak pernah bersemuka dengannya.

Selama ini kami hanya text untuk jumpa anak. Bila teringat balik, kenapa la aku dulu senang rasa fade up. Mungkin sebab darah muda. Aku serabut anak-anak masih kecil. Gaji masa itu RM5,000 sahaja. Serba serbi nak pakai duit. Bekas isteri pula garang, kuat marah. Hakikatnya dia baik saja.

Tambah lelaki tersebut, sejak mendirikan rumah tangga dengan isteri yang baru, rezekinya melimpah ruah. Cuma, sejak kebelakangan ini dia sering terfikir mengenai keluarga lama. Ujarnya lagi, anak-anak dengan bekas isteri sudah semakin besar dan bijak.

Bila saya kahwin lain, rezeki melimpah. Dapat gaji besar, isteri lemah lembut dan tak ada masalah duit. Kami dikurniakan anak sepasang yang comel. Cuma kadang-kadang selalu terfikir keluarga lama. Anak-anak dengan bekas isteri dah makin besar dan bijak. Bekas isteri tak pernah minta nafkah anak. Tapi saya bagi seorang RM1,000.

Di akhir perkongsian, lelaki itu meluahkan rasa bersalah apabila mengimbau sejarah lama hidupnya. Lebih menyentuh perasaan, lelaki ini berkata, dia rasa bersalah terhadap anak-anaknya dengan bekas isteri.

Saya bersyukur dengan adanya keluarga sekarang. Bahagia. Tapi saya diselubungi rasa bersalah dengan sejarah lama. Bekas isteri dan anak-anak tak pernah susahkan saya. Normal ke rasa macam ni? Semoga anak-anak maafkan saya.

 

MENARIK:  ‘Banyak Betul Awek Sangkut Dengan Aliff’ – Asyraf Khalid

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular