Adakah Umat Islam Boleh Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam? Berikut Garis Panduan Oleh JAKIM

Shopee Sale


Gambar sekadar hiasan

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama.

Bagaimanapun, bagi individu yang beragama Islam, mereka perlulah mengikut syariat ketika hadir ke sambutan perayaan atau hari kebesaran agama orang bukan Islam.

Garis panduan

Menerusi ciapan di platform X, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memuat naik garis panduan untuk Muslim yang menghadiri sambutan perayaan orang bukan Islam.

Garis panduan tersebut diberikan agar orang Islam tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.

Berikut adalah lima garis panduan berkenaan:

  1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
  2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
  3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam di negara ini.
  4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
  5. Pihak menganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaab orang yang bukan beragama Islam.
MENARIK:  Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’ – ‘Berpelajaran Tak Semestinya Awak Pakar’

Untuk mendapatkan penerangan lanjut dan secara terperinci mengenai perkara ini, anda boleh melayari ke portal rasmi JAKIM.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular