Adik Fattah Amin Kongsi Kata-Kata Nasihat Tentang Sikap Ghibah Di IG Story – ‘Jangan Bangga Pandai Kecam Orang, Nabi Tak Suka’

Shopee Sale


Adik kepada pelakon, Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan mencuri perhatian apabila memuat naik kata-kata nasihat dikala abangnya itu disahkan bercerai dengan bekas kakak iparnya iaitu Nur Fazura menerusi hantaran di Instagram Story.

Hukum Ghibah

Menerusi perkongsian tersebut, Raihan memuat naik semula (repost) hantaran mengenai sikap ghibah iaitu mengumpat dan menjaja keburukan mengenai kehidupan orang lain.

Bagi yang ada kemampuan untuk halang orang sekeliling kita daripada ghibah (mengumpat), halanglah.

la sungguh, jauh lagi besar dan berat dosanya daripada dosa-dosa orang yang dikata kalaupun benar apa yang dikata.

Perkongsian itu juga menuntut umat Islam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut kerana ia merupakan perkara yang tidak disukai Nabi Muhammad SAW terutama sekali bagi mereka yang suka menjaga tepi kain rumah tangga orang lain.

Nabi sayang umat yang tak ambil tahu hal rumah tangga orang, tak ambil tahu hal orang-orang yang tak ada kena mengena dengan dirinya.

Kita kan orang Islam yang sepatutnya orang Islam lain selamat daripada lidah dan tangan kita.

Jangan lah bangga bila pandai kecam orang sebab Nabi akan sedih dan Nabi tak suka.

Yang suka ialah syaitan, tak akanlah elok-elok jadi umar Nabi nak tukar jadi umat makhluk terlaknat kan? Jom doakan baik-baik, banyak selawat dan beristighfar.

Doakan terbaik buat keluarga

Menerusi hantaran lain, Raihan yang memuat naik gambar ibu dan ayahnya bersama Fattah mendoakan agar ketiga-tiga insan itu sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

Moga Allah pelihara insan-insan istimewa ini daripada dicaci dan dihina, dan Allah akan bersama-sama dengan kita semua.

Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

MENARIK:  [VIDEO] ‘April Fool! Saya Tak Keluarkan Lagu Raya Pun Tahun Ini, Saja Prank Korang Semua’ – Aliff Syukri

Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular