Aedy Ashraf Tak Cemburu Sharnaaz Ahmad ‘Post’ Gambar Dengan Amelia Henderson – ‘Dia Abang Saya’

Shopee Sale


Aedy Ashraf.

Tindakan pelakon Sharnaaz Ahmad memuat foto bersama aktres Amelia Henderson beserta kapsyen pujian di Instagram miliknya tidak menimbulkan rasa cemburu dalam hati aktor Aedy Ashraf.

Tak cemburu

Aedy Ashraf.

Pemilik nama lengkap Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata, dia tidak melihat perkata itu dari sudut negatif, sebaliknya gembira melihat Amelia dipuji oleh Sharnaaz menerusi lakonanannya.

Saya rasa biasalah, mereka (netizen) nak cakap apa pun mereka boleh cakap. Tapi saya tidak nampak benda itu sebagai satu perkara yang negatif.

Sebaliknya bagi saya ia positif dan Amelia juga merupakan pelakon yang bagus. Jadi siapa-siapa yang mahu memujinya sudah tentu, dia layak untuk menerima pujian itu.

Sekarang orang sudah mula nampak lakonannya semakin bagus dan dia berhak untuk menerima pujian.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem Kahar Kapla High Council bertempat di Lumi Tropicana, Petaling Jaya pada Selasa.

Sementara itu, dijolok soalan mengenai hubungan dengan Sharnaaz, Aedy menjawab, dia sudah menganggap aktor itu seperti abangnya sendiri.

Janganlah marah (netizen) Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Dia punya teguran atau pun pujian itu membina.

Tak perlu nak marah marah Sharnaaz. Saya dan dia pun sudah seperti adik, abang. Kami juga ada berbalas komen di Instagram dan Direct Message (DM).

Saya menghormati dia sebagai seorang pelakon dan juga abang. Kami semua sama-sama satu industri dan saya pun tidak nampak maksud lain ketika dia membuat posting pujian itu.

Terdahulu, Sharnaaz mencuri perhatian apabila memuat naik gambarnya Amelia menerusi Instagram.

MENARIK:  Didi Astillah Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah – ‘Ara & Ayden Selalu Bangga Dengan Mummy Mereka’

Menerusi hantaran tersebut, Sharnaaz yang segak memakai busana warna sedondon bersama Amelia membuatkan ramai mengatakan aktres itu kelihatan sesuai bersama aktor itu.

Bagaimanapun ada juga komen kurang enak menuduh Sharnaaz seolah-olah tidak menjaga hati Aedy yang merupakan teman istimewa aktres itu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular