Aeril Zafrel Ambil Masa Bertahun Nak Pujuk Ahmad Yatim Berlakon Filem ‘Abnormal Buas’ – ‘Rasanya Dah Berdekad Dia Tidak Muncul’

Shopee Sale


Aeril Zafrel

Penerbit dan pelakon filem Abnormal Buas, Aeril Zafrel meluahkan rasa syukur apabila pelakon lagenda Ahmad Yatim bersetuju untuk membintangi naskhah berkenaan.

Bertahun nak pujuk

Aeril Zafrel

Ketika ditemui , Aeril berkata, disebabkan Ahmad Yatim berbesar hati menerima tawaran membintangi filem itu, pihaknya telah mewujudkan satu watak khas untuk aktor tersebut.

Bagaimanapun, menjadi cabaran pihak produksi apabila Ahmad Yatim mempunyai masalah penglihatan.

Kami antara yang sangat beruntung, sebab tidak silap saya kali terakhir dia berlakon adalah filem Abang Adik. Kemudian bertahun atau berdekad dia tidak berlakon dan tak muncul dalam mana-mana naskhah.

Sudah pasti apabila dia terima untuk berlakon filem ini, saya dan team menyediakan satu karakter yang kuat untuk dia.

Yang menjadi cabaran adalah dia sudah tidak nampak (cacat penglihatan), kalau dia tidak buta mungkin watak dia akan berjalan atau sebagainya. Jadi watak dia duduk dan agak terhad.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Wawa Zainal ini memberitahu, dia mengambil masa sehingga bertahun untuk memujuk Ahmad Yatim.

Nak pujuk dia bukan senang dan saya rasa bukan saya sahaja yang cuba untuk puji tetapi mesti banyak produksi yang sudah cuba untuk kembali dalam industri.

Ambil masa bertahun juga untuk pujian dia. Kami banyak kali berjumpa sebelum itu dan dia akhirnya berbesar hati untuk muncul dalam Abnormal Buas. Insya-Allah untuk next prekuel dia akan ada juga.

Filem Abnormal Buas sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Jun lalu di mana nashkah ini mengisahkan mengenai manusia bersifat ‘kebinatangan’ seolah-olah terlepas dari belenggu kemanusiaan.

MENARIK:  Persediaan Perkahwinan Tyra Kamaruzzaman Bersama Pereka Fesyen, Mengapa Memilih Reka Teemor Sebagai 'Pengurus Perkahwinan'?

Filem bergenre ‘thriller’ ini turut menyelitkan elemen fiksyen yang menambah lagi rasa kagum dan takjub penonton, membawa ke alam realiti yang luar biasa.

Selain Ahmad Yatim dan Aeril, filem Abnormal Buas turun dibintangi Johan As’ari, Kodi Rasheed, Adlin Aman Ramli, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Saheizy Sam, Nabila Huda, Emelda Rosmila dan Hayla (anak kepada Aeril dan Wawa).

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular