Afdlin Shauki Bukukan Filem Papadom – ‘Saadom Melambangkan Kebanyakan Bapa Di Dunia Ini’

Shopee Sale


afdlin papadom

Pengarah dan penerbit filem, Datuk Haji Afdlin Shauki kini bergelar penulis novel selepas naskhah Papadom mula dipasarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Saadom mewakili bapa-bapa

Afdlin bersama peminat

Menurut Afdlin, Papadom menjadi pilihan pertama kerana kisah itu mempunyai nilai sentimental dan amat peribadi dengan dirinya yang juga seorang bapa.

Kata Afdlin, 53, watak Saadom mewakili semua bapa di luar sana yang terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki buat keluarga sehingga tiada masa yang diluang bersama.

Cerita Papadom ini saya tulis kerana sebagai seorang ayah, ada rasa kesal dalam diri saya kerana tidak dapat menjadi ayah yang terbaik dan saya mula berfikir tentang ciri-ciri ayah yang terbaik yang saya mahukan.

Saadom melambangkan kebanyakan bapa di dunia ini yang mempunyai dilema yang sama. Bapa yang menyayangi keluarganya dan mahu memberikan kehidupan terbaik kepada keluarganya, jadi dia bekerja keras untuk keluarganya sehingga tak dapat meluangkan masa bersama keluarga yang dicintai itu.

Tiadanya keseimbangan dalam kehidupan adalah antara sebab utama permasalahan dalam keluarga. Selalunya manusia berubah bila ada satu insiden besar yang menyentap kehidupan mereka.

Tambah pemilik nama Afdlin Shauki Aksan, idea untuk membukukan filem ini tercetus ketika dirinya sedang bermain scrabble bersama isteri tersayang.

Sewaktu bermain scrabble dengan isteri, saya merenung wajahnya dan bertanya pada diri ini, kalau sesuatu berlaku pada dirinya, apakah saya mampu untuk mengambil alih tugas sebagai ibu kepada anak anak?

Persoalan itulah yang mencetus idea untuk saya hasilkan naskhah Papadom. Sebagai ibu bapa, kita tak dilahirkan dengan buku manual bagaimana nak menjadi ibu bapa yang baik, akan tetapi, kita kena percaya yang Allah SWT akan sentiasa ada bersama dengan kita dan memberi pengajaran yang terbaik bagi diri kita.

Bantu kenali perangai bapa & anak-anak

AFdlin shauki

Dalam pada itu, bapa kepada pelakon baharu, Mia Sara berharap agar buku Papadom ini memberi manfaat selain membantu merapatkan lagi ukhuwah satu keluarga.

Kita mesti berani melangkah masuk ke alam Papadom dan hadapi segala dugaan dan cabaran-Nya.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada bapa-bapa, ibu-ibu untuk mengenali perangai bapa-bapa dan untuk anak-anak, agar mereka tahu yang walau apapun berlaku mereka adalah permata yang yang ternilai di hati bapa mereka.

Papadom dijual pada harga RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak pada harga RM22.90.

MENARIK:  Tajuk semula: Video Viral: Gadis Menyanyi Sehingga Melelehkan Taik Telinga, Julfekar & Netizen Terhibur

Buat masa ini, novel terbitan YWP Media Sdn Bhd ini hanya dijual di PBAKL 2024 dan bakal memasuki kedai-kedai buku seluruh negara. Hanya 1,000 naskhah dikeluarkan bagi cetakan pertama.

Selain itu, novel setebal 160 mukasurat juga mempunyai perancangan untuk menyertai acara-acara yang melibatkan pembukuan termasuk pesta buku di setiap negeri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular