‘Agar Ikatan Suci Dijalin Menjadi Ladang Kebahagiaan Yang Subur Selamanya’ – Sheila Rusly

Shopee Sale


Sheila Rusly

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly meluahkan rasa syukur serta gembira apabila anak keduanya iaitu Luth Mikhail Azman, 24, selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Beatrice Valeria Chitra, Jumaat lalu.

Titip doa

Sheila Rusly

Sheila, 53, mendoakan agar ikatan perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat.

Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur melihat Mikha kini menemui pasangan hidup yang terbaik untuknya. Saya mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Dalam detik istimewa itu, dengan penuh rasa kasih sayang, saya tidak lupa berdoa agar ikatan suci yang sedang dijalin mereka menjadi ladang kebahagiaan yang subur selamanya, insya-Allah.

Terdahulu, Mikhail dan isteri selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan dalam suasana sederhana namun penuh bermakna yang disaksikan oleh keluarga terdekat, rakan-rakan dan sahabat handai kedua-dua pihak.

Pasangan kedua mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis persandingan yang penuh indah di Genting Highland dengan dihadiri ahli keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan artis.

Mikhail dan Beatrice Valeria yang masing-masing kelihatan anggun dan tampan pada hari istimewa menzahirkan rasa syukur atas majlis tersebut yang berjalan lancar.

MENARIK:  [VIDEO] Radhi OAG Kesal Kes Pukul Bekas Isteri Jejaskan Karier – ‘Orang Jatuhkan Hukuman Kepada Saya Terlebih Dahulu’

Terlebih dahulu, Beatrice yang berbangsa Cina dari Jakarta Indonesia telah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular