Ahli Kumpulan Rabbani Pernah Jadi Pelajar Al-Arqam, Berpecah Selepas Diharamkan – ‘Kami Dipantau Pihak Berkuasa & Sertai Program Pemulihan Akidah’

Shopee Sale


Ahli kumpulan Rabbani, Asri dan Azadan mengakui mereka sebelum ini pernah menjadi pelajar dan kumpulan nasyid di bawah gerakan Darul Al-Arqam yang dikenali sebagai NadaMurni sekitar tahun 1980-an yang lalu.

Yang sudah itu, sudahlah

Walau bagaimanapun, Asri atau nama sebenarnya Mohd Asri Ubaidullah berkata, perkara itu sudah lama berlaku dan mereka juga sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan gerakan itu sejak diharamkan kira-kira 30 tahun yang lalu.

Kami terus terang bahawa kami dulu merupakan pelajar gerakan Darul Al-Arqam di bawah nama kumpulan NadaMurni tetapi yang sudah itu, sudahlah.

Selepas Al-Arqam diharamkan 30 tahun yang lalu, kami berpecah dan duduk dengan masyarakat.

Sementara itu, Azadan atau nama sebenarnya Azadan Aziz selaku ketua kumpulan menjelaskan bahawa apa yang berlaku di dalam gerakan Al-Arqam satu ketika dahulu jauh berbeza dengan ajaran dan tindakan yang dilakukan Global Ikhwan Sdn. Bhd (GISBH).

Tetapi apa yang berlaku dalam al-Arqam dulu 80 hingga 90 peratus tidak sama dengan apa yang berlaku dalam GISBH ketika ini.

Dulu banyak sangat kebaikan dan pada peringkat awal itu okay saja. Dari segi pengajiannya, ekonominya memang okay.

Asri dan Azadan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert 5 Rukun 2.0 yang diadakan RCDBig Studio, Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Hasilkan lagu berlandaskan syariat

Sungguhpun begitu, Asri selaku vokalis kumpulan menjelaskan bahawa lagu-lagu yang dihasilkan NadaMurni hanya menyelitkan tentang perkara asas agama yang sama sekali tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Lagu-lagu yang dihasilkan NadaMurni juga mempunyai mesej yang baik seperti sifat-sifat Allah dan sifat-sifat rasul.

Itu adalah asas yang kita wajib tahu. Jadi itu adalah lagu-lagu yang dihasilkan kami dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

Tak ada pun kami selitkan doktrin-doktrin yang bukan-bukan kerana kami sendiri pun takut.

Kami takut kalau perkara itu boleh merosakkan akidah diri sendiri dan masyarakat. Jadi, tak akanlah kami nak rosakkan diri kami dan masyarakat.

Ketika ditanya mengenai kehidupan selepas pengharaman gerakan itu, Asri memaklumkan mereka perlu menyertai program pemulihan akidah serta dipantau oleh pihak berkuasa dan keselamatan.

Kami dipantau pihak keselamatan dan perlu sertai program pemulihan akidah.

Melalui pemantauan itu, kami mula sedar bahawa kami ini (sebagai kumpulan nasyid) adalah milik masyarakat di mana mereka perlukan kami untuk berkongsi bermacam-macam perkara.

Cari guru yang betul

Dalam pada itu, Asri menitipkan pesan kepada masyarakat agar tuntutlah ilmu agama bersama guru yang betul bagi memastikan akidah dan pendirian terhadap agama tidak mudah terpesong.

Nasihat saya adalah kita perlu belajar dengan guru yang ramai serta guru yang betul.

Kalau kita tak belajar dengan guru yang betul itu yang akan membuatkan kita terpesong dan tersilap. Carilah guru yang ramai dan yang betul, insya-Allah jalan kita betul.

Terdahulu, tular hantaran di media sosial dakwaan mengenai beberapa ahli kumpulan nasyid terkenal yang pernah menyertai kumpulan NadaMurni di bawah Darul Al-Arqam sebelum gerakan itu diharamkan 30 tahun lalu.

MENARIK:  [VIDEO] Henry Moodie ‘Jatuh Cinta’ Dengan Peminat Malaysia, Cadang Buat Konsert Di Kuala Lumpur

Selepas pengharaman gerakan itu, ahli kumpulan ini kemudiannya didakwa berpecah dan menyertai kumpulan Nasyid terkenal Malaysia seperti Rabbani, Hijjaz dan Raihan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular