Aina Abdul Nyanyi Lagu Whitney Houston Di Majlis Resepsi, Tyra Kamaruzzaman Minta Netizen Bertenang – ‘Wedding I, Suka Hati La’

Shopee Sale


Pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman menjemput beberapa penyanyi jemputan tanah air ke majlis resepsi perkahwinannya, pada Sabtu.

Artikel berkaitan: [FOTO] Tyra Kamaruzzaman Pakai Busana Pengantin ‘Gunung Ledang’ Hasil Sentuhan Suami, Meja Beradab 7 Dulang Hantaran Hati Nyamuk Jadi Tumpuan!

Artikel berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Sah Bergelar Isteri Kepada Pereka Fesyen

Bukan lagu cinta tapi perpisahan

Antara penyanyi yang diundang untuk membuat persembahan ialah Aina Abdul, Aisha Retno dan Dayang Nurfaizah.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Tyra memuat naik ‘screenshot’ ciapan individu di aplikasi X yang mempersoalkan lagu yang dinyanyikan Aina Abdul iaitu I Will Always Love You oleh Whitney Houston.

Kata individu tersebut, lagu tersebut tidak sesuai untuk dinyanyikan di majlis perkahwinan memandangkan lirik lagu yang mengisahkan tentang perpisahan.

Dalam hantaran sama, Tyra meminta individu tersebut untuk bertenang kerana orang ramai lebih terpukau mendengar suara Aina berbanding makna disebalik lagu itu.

Eh relax la. Kita tak request pun lagu but it was nice to hear Whitney Houston sang by The Aina Abdul. It’s also Emran’s (suami Tyra) favourite song from Whitney.

Tak ada siapa yang terlalu beri perhatian kepada maksud lagu tersebut, semua orang terpukau dengan suara Aina yang merdu dan ramai yang mengetahui lagu itu. It’s really not that deep.

Kalau ikut I, I nak lagu everyday I’m shuffling tau dekat wedding I. Wedding I, suka hati I la nak lagu apa. Nak Bey soba bey pun boleh.

Untuk rekod, Tyra dan suami yang juga pereka fesyen, Emran Rajli telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

MENARIK:  [VIDEO] Tahniah! Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Bakal Dapat ‘Baby Girl’

Kredit foto: Instagram

The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular