Aina Abdul Terkejut Dengan Kritikan Tajam Ibu Selepas Kontroversi Subuh

Shopee Sale


Penyanyi Aina Abdul mendedahkan ibunya, Zaini Abdullah bukan sahaja asbab kepada kejayaannya malah turut menjadi  pengkritik utama dalam karier seninya.

Ibu pengkritik tegar

Ketika ditemui Ohbulan!, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia perlu ‘bersiap sedia’ untuk membaca mesej bertalu-talu daripada ibunya selepas waktu Subuh setiap kali melakukan persembahan secara langsung di atas pentas.

Ibu adalah pengkritik tegar bagi kerjaya seni saya dan setiap kali saya buat persembahan, keesokan harinya itu saya perlu bersedia untuk membaca mesej yang dihantarnya pada waktu Subuh.

Waktu itu ibu mesej bertalu-talu memberikan peringatan seorang ibu kepada anaknya.

Mesej itu juga tak adalah yang indah sahaja sebab seorang ibu kan? Dia tetap akan tegur saya dengan cara yang paling jujur.

Sebagai contoh, jika dia rasa penampilan atau baju yang saya peragakan atas pentas itu keterlaluan, dia akan tegur. Kalau pelik sangat dia tak bagi pakai dah.

Aina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sejurus selepas penyampaian anugerah pada malam Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA23) yang diadakan di Putrajaya Internation Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 31 tahun tersebut mendedahkan ibunya juga sering membaca komen-komen yang ditulis oleh wargamaya terhadapnya.

Namun, sebagai seorang anak dia juga berasa risau sekiranya kesihatan ibu akan terjejas kerana membaca komen-komen negatif di media sosial.

Kadang-kadang bila nama saya terpalit dengan kotroversi, itu menjadi satu perkara yang kurang baik untuk mak saya sebab dia pun makin berumur.

Walaupun dia tak ada apa-apa platform media sosial tetapi dia rajin tengok YouTube.

Dia akan baca semua komen yang dia nampak dan seterusnya akan hadam komen yang ditulis. Itu merupakan situasi yang merisaukan saya sebab komen yang saya dapat bukan semuanya indah, kadang-kadang ada saja komen yang pedas.

MENARIK:  Bekas Isteri Sam Bunkface Menentang Penurunan Nafkah Anak – ‘Maleeq Belanja Aiskrim & Mainan dengan RM15’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular