Aizat Sedia Botakkan Kepala untuk Elak Bersentuhan – “Impak Bagus, Saya Okay Ja”

Shopee Sale


Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan jolokan ‘Abang POV’, Aizat Saha kini bergelar pelakon dan bakal muncul dalam sebuah drama menerusi kaca televisyen TV3.

Sanggup botakkan kepala

Ketika ditemui , Aizat atau nama sebenarnya Mohd Aizat Saharuddin berkata dia sangat teruja untuk menjadi seorang pelakon kerana sangat meminati bidang ini sejak dari dulu lagi.

Pada awalnya saya jenis kalau ada peluang, saya ‘grab’ sahaja (untuk jadi pelakon). Tapi sememangnya saya memang minat untuk menceburi bidang lakonan.

Dari dulu lagi memang saya nak jadi pelakon tetapi mungkin belum ada rezeki saya lagi jadi saya fokuskan dahulu dengan kerjaya saya.

Sekarang ini baru ada peluang untuk ke arah itu (bidang lakonan) jadi baru saya mula perlahan-lahan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu menyatakan dia sanggup untuk mengorbankan ketampanannya seperti membotakkan kepala jika diminta pengarah.

Aizat juga menambah, dia akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada melakonkan babak yang memerlukannya bersentuhan dengan pelakon wanita.

Jika saya perlu berkorban seperti botakkan kepala dan perkara itu mampu memberikan impak yang bagus terhadap karier lakonan saya, saya okay saja.

Dan kalau boleh, memang saya akan cuba elak sebarang babak bersentuhan tapi kadang-kadang perkara itu berada di luar jangkaan.

Cumanya, saya akan cuba sedaya upaya untuk elak daripada melakonkan babak seperti itu.

Sekadar info, Aizat Saha bakal muncul di kaca televisyen TV3 menerusi drama Racun Rihanna yang turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datin Intan Najuwa, Jasmine Suraya, Rita Rudaini dan ramai lagi.

MENARIK:  Adira Beri Respon Selepas Ditegur Keluar Bekerja Dalam Tempoh Edah – ‘Kalau Duduk Rumah, Anak 4 Orang Siapa Nak Bagi Makan?’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular