‘Ajad Rindu Mak, Kalau Boleh Nak Tidur Dengan Mak Tiap Malam..Terima Kasih Terima Ajad Seadanya’

Shopee Sale


Pempengaruh media sosial, Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menitipkan ucapan buat ibu tercinta sempena sambutan hari ibu yang jatuh pada tanggal 12 Mei 2024.

‘Ajad rindu mak’

Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat telah memuat naik swafotonya bersama ibu, Maimon Omar. Di ruangan kapsyen, Sajat yang kini menetap di Australia meluahkan rasa rindu yang tidak terhingga buat ibunda tercinta.

Selamat hari ibu buat ratuku. Mak, Ajad rindu mak. Rindu ketat-ketat. Terima kasih terima Ajad seadanya, miss you mak.

Tiada apa yang Sajat boleh ucapkan, i miss you so much. Kalau boleh nak tidur dengan mak tiap-tiap malam.

Dalam pada itu, Sajat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibunya atas segala pengorbanan selain sudi menerima dia seadanya.

Sajat juga akui rindu untuk meluangkan masa bersama keluarga dan ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata-kata semangat buat Sajat agar terus kuat malah tidak kurang juga ada yang mencadangkan Sajat supaya membawa ibunya tinggal bersamanya di perantauan.

MENARIK:  [VIDEO] Rumah Tangga Retak Menanti Belah, Adakah Boleh Dedah Aib Suami Atau Isteri? Ustaz Azhar Idrus Beri Penerangan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular