AJL 38 Menampilkan Tema ‘Muzikaverse’ yang Paling Ikonik!

Shopee Sale


Hampir empat dekad bersiaran, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 kembali lagi di kaca televisyen anda pada 3 Mac nanti.

Bakal bersiaran secara langsung di Aiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, AJL kali ini menjanjikan persembahan terbaik, malah, disasar paling ikonik dalam sejarah.

Paling ikonik

Menurut Pengurus, Pengurusan Kandungan dan Siaran (Hiburan), TV3, Aizat Nizam, selain menghimpunkan finalis yang hebat dan popular, edisi AJL kali ini bakal menampilkan konsep ekstravaganza menerusi tema ‘Muzikaverse’.

Tema Muzikaverse adalah gabungan dua perkataan iaitu muzikal dan ‘universe’. Kami gabungkan penyanyi, pencipta lagu dan komposer atas pentas.

Berkaitan ‘look and feel’ AJL 38, ia lebih kepada kepelbagaian warna. Rona yang digunakan sangat meriah dan menterjemah keriangan.

Semestinya apa yang boleh kita beritahu adalah kami menjanjikan kelainan. Edisi AJL kali ini akan menjadi paling ikonik. Persembahan pembukaan dan segmen ‘interlude’ yang bakal disajikan adalah yang terbaik.

Ikonik itu bermaksud apabila ditonton nanti, kita akan kagum melihat pengisian yang diterjemahkan.

Jadi, kalau hendak tahu apa kelainannya, kenalah tonton.

Menurut Pengurus Kanan Pengurusan Program dan Siaran, TV3, Marlia Zul Amran pula, AJL kali ini membabitkan kos agak besar.

Boleh dikatakan bajet untuk menganjurkan AJL 38 lebih daripada bajet terdahulu.

Tetapi bukanlah kita sengaja hendak berbelanja besar. Sebaliknya, ia mengambil situasi semasa seperti harga barangan semakin naik dan sebagainya.

Ujar Marlia, penjualan tiket AJL 38 akan dibuka mulai hari ini.

Kita ada buat pra jualan tiket sebelum ini khusus untuk pelangggan Tonton. Setakat ini, tiket sudah terjual kira-kira 60 peratus.

Aizat dan Marlia ditemui pada sesi Meet & Greet Paling Ikonik AJL 38 di Pasar Seni di sini, semalam.

MENARIK:  ‘Jaafar Onn Nampak Down Selepas Arwah Rohana Jalil Meninggal Dunia, Mereka Sangat Rapat’ – Salwa Abdul Rahman

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular