#AJL38: Aina Abdul Memukau Penonton Dengan Penampilan Spektakuler! Terbang Di Udara, Pokok Bergerak & Axiata Mempersembahkan Bau Harum

Shopee Sale


aina ajl pokok

Persembahan penyanyi dan komposer, Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) mendapat ‘standing ovation’ daripada 11,000 penonton yang hadir di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Buat penonton merinding!

aina ajl pokok

Menerusi persembahan yang bertemakan ranting dan daun kering, seluruh penonton dipukau dengan bau wangian yang cukup mengharumkan di segenap ruang stadium.

Selain itu, penonton juga terkesima dengan gimik persembahan yang dilakukan Aina apabila dia terapung di udara dalam busana mewah rekaan Melinda Loi.

Tepukan gemuruh daripada penonton juga tidak henti bergema sepanjang persembahan penyanyi berusia 31 tahun itu.

Untuk rekod, Aina pernah bergelar juara bagi edisi lalu menerusi lagu ciptaannya berjudul Terus Hidup.

AJL 38 yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar bersiaraan secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil dan saluran TV3 jam 9 malam.

MENARIK:  [VIRAL VIDEO] Dahlia Rizal Memperlihatkan Bagaimana Mengedarkan Mercedes-Benz, Dr Say Shazril Mendedahkan Potensi Pendapatan 'Influencer' Mencapai RM100,000 Sebulan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular