AJL38: Amir Jahari Mengakui Dia Tidak Yakin Akan Menang

Shopee Sale


amir jahari ajl38

Runut bunyi bagi filem Imaginur iaitu Hasrat yang dicipta dan dinyanyikan oleh Amir Jahari menjadi lagu yang diramal bakal merangkul trofi di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Tak letak harapan tinggi

amir jahari ajl38

Ketika ditemui , Amir berkongsi konsep yang bakal dibawa ke pentas berprestij tersebut yang dijadualkan akan berlangsung pada 3 Mac hadapan. 

Persiapan 90 peratus sudah selesai. Saya pun ada menghadiri ke sesi latihan bersama guru vokal dan guru tersebut minta saya untuk jaga pernafasan.

Persembahan pula akan menggunakan LED kerana AJL kali ini menggunakan konsep ‘muzikaverse’.

Walaupun tiada gimik, namun Amir mahu menekankan aspek penceritaan agar maksud lagu tersebut difahami oleh setiap penonton AJL pada malam itu.

Fokus utama adalah kepada penceritaan lagu itu dan juga mesej yang nak disampaikan.

Amir berkata demikian di majlis Meet & Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlangsung di Pasar Seni baru-baru ini.

Bagaimanapun, penyanyi dan komposer berusia 31 ini tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap lagu tersebut kerana menganggap semua lagu adalah istimewa dan layak menjadi juara. 

Saya tak kisah lagu Hasrat menang atau kalah kerana sudah reda dengan apa sahaja  keputusan nanti.

Sejujurnya saya tak rasa saya akan menang. Dari segi lirik mungkin menang sebab lagu tu khas saya reka untuk filem tersebut. Tapi dari segi dinamik saya tak rasa lagu saya cukup kuat. Namun sesebuah lagu itu ada kekuatan dan identiti masing-masing. Saya rasa semua lagu terbaik. 

Untuk info, AJL38 bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu bersaing dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

MENARIK:  [VIDEO] Zizan Razak Hadiah Ibu Kereta Mercedes GLC300, Netizen Respon; ‘Dia Lambat Kahwin Tapi Bahagiakan Keluarga’

Siapakah yang layak menjadi juara dan dinobatkan sebagai lagu terbaik bagi AJL38? Adakah sejarah baru bakal tercipta? Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular