‘Aku Dulu Pun Seksi Tapi Tak Sampai Maruah Diri Kena Korban’ – Lana Nordin

Shopee Sale


Pelakon, Lana Nodin tampil memberikan pandangannya mengenai kontroversi terbaharu melibatkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.

Lana berang!

Menerusi ruangan komen di sebuah portal hiburan, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin berpendapat wanita zaman sekarang seakan tidak mempunyai rasa malu untuk mengakui mempunyai hubungan terlarang bersama suami orang.

Tambah pelakon drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’, dia juga pernah berpakaian seksi satu ketika dahulu namun tidak pernah terlintas untuk menggadaikan maruahnya sebagai wanita.

Women these day getting too cheap, mengaku girlfriend (GF) walaupun (lelaki) dah kena tangkap dengan perempuan lain.

Walhal, ada bini lagi itu.

Aku dulu pun seksi bagai juga tapi tak adalah sampai maruah diri pun nak kena korbankan pasal jantan macam ini. So not worth it.

Di akhir penulisannya, Lana menasihati kaum wanita untuk lebih berhati-hati memilih pasangan hidup mahupun bakal suami.

Wake up lah ‘girls’, banyak lagi lelaki elok untuk dijadikan suami atau pasangan hidup.

Aku tengah sakit dekat hospital pun terkesan tengok kenyataan macam ini.

Terdahulu, Sarah mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

MENARIK:  Tunjuk Kemaluan Masa Video Call & Sembang Lucah, Pencipta Kandungan Ditahan Polis

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular