“Aku Menerima dengan Redha, Walaupun Ini Satu-satunya Kali Aku Bertemu Bapak” – Norreen

Shopee Sale


Pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman berkongsi berita sedih apabila kehilangan bapa kandungnya, Alllahyarham Mohamed Yunus Alwi yang meninggal dunia, semalam.

Rehatlah bapa

Menerusi sebuah posting di Instagram, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah tidak memperincikan pertemuan mereka dan punca kematian bapanya yang berusia 85 tahun itu.

Rehatlah bapa ye, Al-Fatihah. Aku reda. Biarpun aku sedar kali pertama dapat jumpa bapak adalah kali terakhir kami bertemu. Doakan bapak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Pelakon drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ itu turut menyatakan bahawa pertemuan pertama mereka itu merupakan pertemuan yang terakhir juga.

Norreen turut memberitahu dia menitipkan doa untuk berjumpa ayahnya ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Dia juga terharu apabila doanya untuk berjumpa dengan bapa yang sudah lama tidak ditemui akhirnya dimakbulkan Tuhan.

Lama kita terpisah bapak. Tidak mengapa, inilah doa pertama yang aku pohon di depan Kaabah dan dalam Raudhah. Doa yang aku rasa paling mustahil boleh dapat sebagai anak. Syukur, Dia (Tuhan) dengar apa yang aku minta.

Dia izinkan aku jumpa dengan bapak. Terima kasih Ya Allah. Kepada yang baca hantaran ini, doalah banyak-banyak pada Dia. Dia mendengar.

MENARIK:  Nama Dipetik Jadi ‘Suami Contoh’, Farid Kamil Nasihat Kembali Kepada Agama

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular