Aku Rasa Ampa Salah Faham – Sharnaaz Ahmad

Shopee Sale


sharnaaz ame

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi penjelasan selepas kenyataan mengenai hubungan dirinya dengan aktres muda, Amelia Christie menjadi bualan hangat di media sosial.

Hanya menjawab soalan

sharnaaz pembaca berita

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Sharnaaz menekankan ayat yang berbunyi, ‘Saya pun tak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan dia.’ itu menjawab kepada pertanyaan media.

Kata Sharnaaz, 40, dia menghormati rakan media yang sekadar menjalankan tugasan kerja.

Aku rasa ampa salah faham ini. Yang aku jawab itu untuk wartawan. Bukan ampa di luar sana. Dari awal pun aku tak pernah iyakan pada wartawan pasal aku dengan Amelia.

Macam mana nak kata putus? Jadi pada yang tau dan nampak aku dengan Amelia, yang tau cukup la setakat itu.

Nak canang macam gendang bukan cara aku dah. Wartawan tanya, aku cuma jawab sehabis bermoral pada semua.

Nak marah pun tak sampai hati. Mereka pun makan gaji saja. Ada mak ayah nak kena sara, anak bini lagi.

Doa yang baik

sharnaaz ahmad

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berharap agar isu ini tidak lagi berpanjangan. Selain itu, bapa kepada Jebat Jayden memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Amelia.

MENARIK:  Ben Amir Nafi Ditaja, Selesa ‘Travel’ Secara Solo Kumpul Kenangan & Pengalaman

Sebelum ini, Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan Amelia Christie selepas dikatakan sudah saling berhenti mengikuti (unfollow) di akaun media sosial.

Katanya, keutamaan dia pada masa kini adalah Jebat Jayden yang bakal memasuki alam persekolahan.

Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Noor Nabila pada Mac 2017, namun bercerai pada bulan Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular