‘Aku Tak Maafkan Korang Sebab Fitnah & Pisahkan Aku Dengan Anak-Anak..Soal Dosa Itu Antara Aku Dengan Tuhan’ – Sajat

Shopee Sale


Pempengaruh media sosia, Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 14 Mei.

‘Maafkan ummi sayang’

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Sajat berkongsi momen ketika dia membuat panggilan video bersama anak lelakinya itu. Malah akui merindui sosok kedua-dua anaknya itu setelah empat tahun tidak berjumpa.

Tanya abang nak hadiah apa untuk hari jadi dia, dia kata dia nak ummi sihat je. Dia tak nak hadiah apa-apa pun. Cuma ummi sihat sentiasa itu hadiah buat abang.

Maafkan ummi sayang, InsyaAllah kita akan jumpa satu hari nanti. Jadi anak yang baik, yang boleh dibanggakan. Sayang ummi pada mu tak pernah pudar. Ummi dekat sini kerja untuk anak-anak ummi terus belajar cemerlang untuk menjadi seorang berjaya dalam hidup.

Sementara itu, Sajat meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga dan anak-anaknya disebabkan sesetengah pihak.

Sedih sangat pasal netizen, aku dan anak-anak berpisah. Kejam betul korang.

Soal dosa itu antara aku dan tuhan tapi soal perpisahan korang tergamak buat orang tersayang berpisah.

Ujar Sajat lagi, dia tidak akan memaafkan individu atau mana-mana pihak yang telah menabur fitnah kepadanya sehingga dia berpisah dengan anak-anak.

Aku tak akan maafkan korang, kerana korang fitnah aku lah, sampai aku berpisah dengan anak-anak.

Terdahulu, pada Februari 2022, Sajat memaklumkan telah menukar status jantina kepada wanita di Australia, setelah bertahun-tahun mendakwa seorang khunsa.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular