Ali Puteh Berjaya Membayar Hutang Hidayah RM75,000 – ‘Saya Bersedia Ambil Tindakan Jika Ada Masalah’

Shopee Sale


Adik kepada Allahyarham Abam iaitu Ali Puteh akhirnya telah melangsaikan hutang berjumlah RM75,000 kepada bekas kakak iparnya, pada petang Selasa.

Selesai hutang RM75k

Menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik di Instagram Hidayah, memaparkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, datang ke rumahnya untuk menyelesaikan persengketaan antara mereka. Difahamkan, jumlah hutang yang diserahkan kepada Hidayah adalah RM75,486.48 termasuk faedah.

Sementara itu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok Ali Puteh, dia telah tampil dengan surat akuan menyatakan dia sudah melangsaikan hutangnya kepada Hidayah selain berharap agar selepas ini tiada lagi dakwaan yang mengaibkan dirinya dan keluarga di mana-mana platform media sosial.

Benda mudah. Yang berhutang saya, saya datang sendiri untuk bayar. Itu sahaja.

Saya berharap Hidayah dan keluarga dapat memberi kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi video tersebut, Ali dan Hidayah masing-masing telah menandatangani surat akuan tersebut.

Terdahulu, Ali terpaksa menjual beberapa barangan miliknya termasuk sebuah kereta jenis Honda Accord, motosikal jenis RXZ, barangan peribadi seperti trofi kemenangan dalam program televisyen yang pernah disertai sebelum ini dan  banyak lagi bertujuan untuk mengumpul wang bagi membawar hutang berkenaan.

MENARIK:  Mak Mentua Saya Memahami Karena Dia Juga Terlibat dalam Industri - Elisya Sandha

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular