Aliff Aziz Padam Semua Gambar Lama Di IG? Mahu Tampil Dengan Versi Baharu – ‘Ini Adalah Kelahiran Semula Saya’

Shopee Sale


Aliff Aziz

Tindakan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz ‘mengghaibkan’ semua hantaran di Instagram miliknya telah mencuri perhatian.

Padam semua posting?

Aliff Aziz

Berdasarkan pemerhatian , segala perkongsian yang pernah dimuat naik sebelum ini oleh penyanyi asal Singapura itu telah tiada.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Aliff menghapuskan atau menyimpan di arkib (archive).

Pun begitu, pelantun lagu Sayang-Sayang itu dilihat hanya meninggalkan sebuah hantaran terbaharu yang dimuat naik bersempena tahun 2025.

Menerusi hantaran itu, Aliff berkongsi sekeping foto memaparkan dirinya mengenakan baju hitam beserta kapsyen ingin tampil dengan versi diri yang baharu pada 2025.

Forged in fire. Fallen, but never broken. 2025, the rise of a new me. This is my rebirth.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mendoakan urusan Aliff dipermudahkan dan kerjaya seninya terus bersinar.

Imbas kembali, 2024 merupakan tahun yang kurang baik buat Aliff apabila dia ditangkap berkhalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

MENARIK:  Lelaki Menyesal Menikahi Bini Tambahan Kerana Niat Tolong Janda – 'Isteri Kedua Memperlakukan Aku Seperti Hamba'

Tidak hanya itu, mahligai perkahwinan Aliff bersama bekas isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah juga akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai pada 13 Jun lalu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular