Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes Khalwat?

Shopee Sale


alif ruhainies jawi

Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies dilaporkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Khamis.

Kes khalwat?

alif ruhainies jawi

Memetik laporan Harian Metro, sumber memaklumkan bahawa aktor dan aktres kontroversi itu dilihat berada di mahkamah tersebut selama tiga jam iaitu dari jam 8.40 pagi hingga jam 11.50 pagi.

Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku pada 9 Mac lalu.

Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Dalam masa yang sama, sumber terdekat kepada Juara Gegar Vaganza musim ke 8 tersebut berkata, kedua-dua pelakon itu ke mahkamah bukan kerana pendakwaan kes tetapi ianya berkaitan kes khalwat.

Pertuduhan dibacakan hakim syarie tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka.

Sementara itu, difahamkan prosiding kes khalwat tersebut juga akan berlangsung pada 3 Julai ini di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

MENARIK:  Jenama Makanan Kesihatan Tambahan ‘Buru’ Pemfitnah Sebar Fitnah, Dakwa Buah Pinggang Mengecut

Keputusan selanjutnya terletak kepada pihak JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular