Aliff Syukri Bimbang Kepala Raudah Berlubang Kena Bucu Tangga, Batalkan Rakaman Lagu Raya [VIDEO]

Shopee Sale


aliff raudhah

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila anak kelimanya, Raudah Arshiyah mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Darah banyak mengalir

aliff syukri kepala anak darah

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aliff berkata dia terdengar jeritan isterinya, Datin Seri Nur Shahida daripada dapur ketika baru pulang dari tempat kerja.

Kata Aliff, dia melihat Raudah dalam keadaan berlumuran darah selepas kepalanya terkena bucu tangga yang tajam.

Doakan segalanya dipermudahkan. Nak dijadikan cerita, ketika saya nak balik kerja, saya memang suka rakam video sebab nak tengok moment anak-anak datang dan berlari memeluk saya balik.

Tetapi sebaliknya yang jadi. Saya terkejut tengah rakam, isteri saya menjerit bagitahu Raudah punya kepala berlubang kena bucu tangga tajam dan air darah terpancut macam air paip.

Nasib baik tak kena mata. Masa itu lintang pukang, saya lari. Saya dan isteri bawa ke hospital, Allah saja tahu betapa takutnya saya.

Tak jadi rakam lagu baru

aliff syukri kepala anak darah 2

Tambah Aliff, doktor yang merawat luka anaknya menyatakan kecederaan itu hampir terkena pada bahagian kepala.

Susulan kemalangan itu juga, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman terpaksa membatalkan rakaman single terbarunya yang sepatutnya dilakukan pada malam tersebut.

Doktor cakap kulit kepala dan juga daging sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala. Terus saya hentikan hasrat untuk rekod lagu raya sebab sepatutnya malam itu ada rakaman lagu tapi tidak jadi. Kenapa jadi semua ini?

MENARIK:  ‘Umar Cakap Ibu Belilah Robot Abah Dekat Shopee’ – Nurul Shuhada

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular