Alina Hassan Berjaya Memenuhi Impiannya Melakukan Umrah Iktikaf Selama 50 Hari Sempena Bulan Ramadan

Shopee Sale


Penyanyi Alina Hassan meluahkan rasa syukur kerana dapat menyertai program Umrah Iktikaf Ramadan selama 50 hari dengan kos RM13,990.

Air mata mengalir laju

Menerusi laporan Harian Metro, Alina berkata dia sudah berada di Madinah dan perasaannya amat terharu kerana sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke sana.

Saya rasa sangat bersyukur dapat datang lagi ke Tanah Suci. Tadi, bila sampai ke Madinah dan tengok Masjid Nabawi, air mata saya mengalir laju. Ya Allah, Alhamdulilla saya dijemput lagi untuk datang ke sini.

Untuk ke sini, saya keluarkan kos pembayaran kira-kira RM8,000 daripada kewangan sendiri, manakala selebihnya (bayaran) itu ada beberapa ‘hamba Allah’ yang sudi menaja. Saya bersama rombongan seramai 66 jemaah dan dua mutawif serta lima petugas.

Ramai betul orang di Madinah. Masing-masing mahu beribadat sempena Ramadan nanti. Saya hanya akan balik ke Malaysia pada hari raya kelapan.

Terdahulu, Alina memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menginfaq kos perbelanjaannya sepanjang berada di Makkah dan Madinah bagi mengerjakan umrah sepanjang Ramadan.

MENARIK:  ‘Memahami Agama Tanpa Menjadi Ahli Agama’ – Aishah Mencari Penyelesaian terhadap Isu Kecaman yang Dapat Mengurangkan Dosa

Dia juga tidak memaksa sesiapa pun untuk menaja, namun sekiranya ada mana-mana individu atau pihak sudi membantu menunaikan hasratnya itu, dia sangat mengalu-alukannya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular