Alyph Pertaruh ‘Dari Jauh’, Cerita Pasal Pasangan Tidak Reti Syukur

Shopee Sale


Penyanyi rap kelahiran Singapura, Alyph yang pernah tular dengan lagu ‘Swipe’ ini baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul ‘Dari Jauh’.

Artikel berkaitan: ‘Muzik Saya Tak Ada Pasport’ – Alyph

Artikel berkaitan: ‘Kalau Kena Pakai Lirik Lucah Untuk Sampaikan Mesej Lagu, Saya Rasa Perlu’ – Alyph

‘Bersyukur apa yang kita ada’

Menurut Alyph, ‘Dari Jauh’ mengisahkan seseorang yang tidak pernah memberikan waktu dan perhatian terhadap pasangan sendiri sehingga terpaksa berpisah, barulah dia sedar akan kesilapannya.

Meskipun hubungan mereka putus, dia sentiasa akan menyokong dan menunjukkan betapa bangga dan gembira dengan kejayaan bekas kekasihnya itu.

Jadi ilham untuk lagu ini datang dari kita yang tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sehinggalah sesuatu berubah.

Selain Alyph, penulis lagu untuk ‘Dari Jauh’ ini merupakan hasil tangan pemuzik dari Indonesia iaitu Teddy Adhitya dan penambaihbaikan pada kord lagu dengan penuh dibuat oleh Kenny Gabriel selaku penerbit.

Sebaik sahaja kami bersetuju, emosi lagu itu pun mengalir keluar. Teddy Adhitya bertanya pada saya apa perasaan saya tentang lagu dan hala tuju karya ini.

Selepas saya menceritakan, dia memasukkan baris pertama secara spontan beserta irama untuk korus dan siap dalam masa beberapa jam.

Kata Alyph lagi, dia ingin menekankan rona-rona muzik Rn’B dengan menghidupkan kord muzik yang penuh jiwa sekaligus menyedapkan sesuatu karya untuk didengar.

Video muzik ‘Dari Jauh’

Berkongsi tentang konsep video muzik ‘Dari Jauh’, ia diterbitkan oleh Nocturnal Projects dibawah arahan Bobby Adrian Vitra dan Jessy Sylviani.

MENARIK:  Video Lama Datuk Red Mengaku Pencinta Wanita Tular Semula – ‘Dari Sekolah Lagi Cita-Cita Nak Kahwin Dua, Alhamdulillah Tercapai’

Alyph berkata, mencipta lagu di Jakarta dengan para pemuzik berbakat merupakan salah satu impiannya.

Ia seperti mengumpul semua kenangan kegemaran anda dan mengabadikannya di dalam sebuah wangian, kemudian dimasukkan ke dalam botol minyak wangi.

Melalui lagu terbaru ini, Alyph berharap lebih ramai akan mendengar dan merasai maksudnya di samping memahami rasa cinta yang terkandung sehingga dapat mencetuskan fenomena sekali lagi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular