Amal Makanan Berkhasiat & Berasaskan Organik Pilihan Sarimah untuk Mengatasi Kanser Usus

Shopee Sale


Foto: Harian Metro

Pelakon legenda tanah air, Datuk Sarimah Ahmad, mendedahkan bahawa dia pernah menghidap kanser kolon atau usus tahap tiga pada tahun 2022 dan kini dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.

Amalkan pemakanan berkhasiat

Memetik laporan Harian Metro, Sarimah menzahirkan rasa syukur kerana sudah bebas daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan membuang kanser.

Menurut pelakon berusia 82 tahun itu, dia kini mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan berasaskan organik sahaja.

Saya kini menjaga kesihatan dengan memastikan pemakanan harian diambil adalah berkhasiat dan berasaskan organik berikutan tidak mahu menjalani rawatan kemoterapi kerana faktor usia yang sudah meningkat.

Antara makanan harian saya itu adalah salad, buah naga, avocado, madu, telur ayam kampung dan beberapa kekacang. Alhamdulillah, setakat ini Allah berikan saya kesihatan yang baik.

Dalam pada itu, Sarimah turut berkongsi mengenai simptom awal yang dialaminya sebelum disahkan menghidap penyakit kanser.

Pengsan di dalam bilik air

Sarimah berkata, dia bermula dengan berasa sakit di bahagian perut dan menganggap ia adalah sakit yang biasa sehinggalah dia jatuh pengsan di dalam bilik air.

Tambahnya lagi, ketika dia disahkan menghidap kanser dan perlu melakukan pembedahan segera, dia mengalami masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan tersebut, namun tidak mahu menyusahkan ataupun menagih simpati sesiapa.

Bagaimanapun, saya akhirnya jatuh pengsan di bilik air di rumah dan anak bongsu terus bawa saya ke pusat perubatan di Shah Alam dan selepas buat pemeriksaan, doktor kata tak ada sakit serius dan hanya bekalkan ubat.

Namun, ubat itu buat keadaan saya jadi lebih teruk dan kemudian dirujuk ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut apabila saya disahkan menghidap kanser kolon tahap tiga serta kena pembedahan segera.

Tapi, ketika itu saya sebetulnya berhadapan masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan yang dianggar hampir RM60,000. Namun, saya tidak mahulah menagih simpati dan cuba meminta bantuan ramai.

Pelakon filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ itu mendedahkan, dia mengambil inisiatif dengan mengeluarkan simpanan peribadi untuk membiayai kos rawatannya kerana tidak mahu menagih simpati ataupun berhutang dengan sesiapa.

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai kerana saya memang tidak mahu susahkan sesiapa. Saya tak nak berhutang atau menagih simpati dengan sesiapa pun sebab tidak mahu jadi ungkitan pada masa akan datang.

MENARIK:  Baju Kebaya Haliza Maysuri Bernilai RM134,000 & Dihiasi 36k Taburan Kristal Swarovski

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular