Amar Baharin Enggan Ulas Topik Poligami, Khuatir Tergolong Sama – ‘Keluarga Yang Ada Sekarang Sudah Sempurna’

Shopee Sale


Pelakon Amar Baharin memberi pandangan terhadap isu poligami sekali gus berkongsi keadaan isterinya yang juga seorang pelakon, Amyra Rosli setelah dikhabarkan keguguran baru-baru ini.

Poligami

Ketika ditemui , Amar atau nama lengkapnya Amar Mohd Baharin enggan mengulas lebih kerana dikhuatiri tergolong dalam golongan berpoligami suatu hari nanti.

Ujarnya, keluarga yang dimilikinya sekarang sudah cukup sempurna.

Poligami ini sendiri ada dalam syarak.

Saya tak kata nak, saya tak kata tak nak. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan.

Kalau tertulis, saya tergolong dalam golongan berpoligami, apa saya nak cakap? Jadi, saya lebih berserah.

Tapi untuk saya, keluarga sekarang sudah cukup lengkap. Jadi, fokus saya lebih kepada anak-anak.

Amar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, Ttdi, pada Rabu.

Amyra keguguran

Berkongsi lebih lanjut, Amar menjawab pertanyaan mengenai keguguran Amyra baru-baru ini. Tambahnya, dia tidak berharap namun memandang hal ini sebagai satu petunjuk untuk lebih fokus pada anak-anak.

Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, ini merupakan pengalaman keguguran pertama buat Amyra.

Betul, Amyra keguguran. Tapi lepas dah check dengan doktor, perkara ini adalah normal untuk awal kandungan.

Amyra dah bersedia untuk itu dan emosi dia tidak terganggu.

Mungkin tuhan ingin kami lebihkan masa untuk anak-anak yang kami ada sekarang.

Di akhir perkongsian, Amar memaklumkan dia dan Amyra akan terus berusaha menambah zuriat dalam rumah tangga mereka.

MENARIK:  Saya Tidak Pernah Memihak atau Memenangkan Anak Saya Sejak Awal Isu Ini Muncul - Abby Abadi

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular