Amoi Pelik ‘Hot Daddy’ Disambut Layaknya Selebriti, Pesan Penting untuk Generasi Muda dalam Memilih Idola – ‘Dunia Semakin Tergila-gila’

Shopee Sale


Baru-baru ini, tular satu video memaparkan individu yang didakwa bagi kes persundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ yang menjadi perhatian persis seorang selebriti sewaktu dirinya bersiar-siar di sebuah lokasi dipercayai pasar malam.

Pelik dapat layanan sebegitu

" data-video-id="7333986200140795154">
@esther1385 Hati2 ye adik2 sekalian. Bukan semua yg viral tu bermanfaat. Jgn senang terpedaya. Jgn menyesal di belakang. #katakatauntukanak #katakatauntukorangmuda #orangmuda #wordsofgod #daddyash ? Sad and lonely – MoppySound

Terbaharu, seorang wanita tampil meluahkan rasa pelik dan takut selepas menonton video tersebut di media sosial.

Menerusi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Esther itu mempersoalkan tindakan segelintir individu yang memberikan layanan sedemikian terhadap seseorang yang kini sedang berdepan dengan kes berat di mahkamah.

Ya Rabbi, kenapalah buat dia macam pempengaruh, artis dan idola korang ya? Korang tak takut ke?

Saya takut, macam nak akhir zaman dah sebab benda yang sepatutnya kita tak boleh terima dah jadi satu kebiasaan dan kebanggaan pula.

Takkanlah korang tak tahu yang dia ini sedang didakwa?

Di akhir videonya, Esther sempat menitipkan pesanan buat anak muda untuk bijak dalam memilih idola kesukaan mereka supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak baik.

Adik-adik sekalian, saya cuma nak cakap yang korang kena hati-hati bila nak pilih idola korang.

Tengok dulu betul-betul sama ada seseorang itu bagi contoh yang bagus ataupun tidak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan Esther dan ternyata pelik dengan segelintir masyarakat yang dilihat menerima ‘Hot Daddy’ tersebut bahkan melayannya persis seperti seorang selebriti terkenal.

MENARIK:  Rizman Ruzaini Sangka Busana Kena ‘Reject’, Rupanya Lady Gaga Maklum Baju Terlalu ‘Grand’

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular