Amy Nur Tinie Tak Suka Kontroversi & Mengamuk Di Media Sosial

Shopee Sale


Sebelum ini, pelakon dan pengacara, Amy Nur Tinie meluahkan rasa kecewa apabila seorang pelakon wanita didakwa cuba menabur pasir dalam kerjaya lakonannya.

Dah lama dengar

Terbaru, Amy berkata, dia sudah lama mendengar cerita mengenai pelakon wanita tersebut yang cuba memburukkan namanya dalam kalangan syarikat produksi ketika ini.

Sebenarnya saya paling tak suka kontroversi atau mengamuk di media sosial, tapi perbuatan dia nampaknya sudah melampau. Selama ini, saya biarkan saja tetapi cerita dia burukkan nama saya sampai tahap mengganggu periuk nasi dalam bidang seni.

Saya ‘naik angin’ sebab dia cakap dengan produser tak payahlah ambil saya sebab saya berlakon ‘kayu’. Dia juga cakap kepada produser, kalau saya ada di set dia tidak mahu berlakon.

Tambah Amy, dia tidak mahu mendedahkan identiti pelakon tersebut kerana masih menjaga aib. Meskipun sudah tiga kali pelakon tersebut memburukkan namanya dengan produser, Amy berkata, dia masih cuba mempertahankan namanya di dalam industri seni.

Sampai satu tahap dia sanggup jumpa produser dan cakap saya tak boleh berlakon. Tapi pengarah yang sudah biasa bekerja tahu saya boleh berlakon atau sebaliknya.

Saya keluarkan kenyataan ini supaya dia hentikan cerita memburukkan nama saya itu. Sebab kalau di luar, pelakon wanita ini memang nampak pijak semut pun tak mati dan wanita yang paling ayu.

Sebagai pelakon, Amy mengakui dia suka bersaing secara sihat.

Saya pun tidak tahu kenapa dia nak dengki kerana tidak pernah bercerita buruk atau ganggu teman lelakinya. Ramai juga yang menghantar Direct Message (DM) kerana nak tahu siapa artis wanita itu tetapi saya tidak mahu dedahkan lagi.

Saya tidak mahu jejaskan rezekinya dalam bidang seni kerana percaya setiap orang ada rezeki masing-masing.

MENARIK:  Nabila Razali Gementar Beraya Di Kampung Suami, Dah ‘Ready’ Bila Ditanya Soal Zuriat

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular