‘Anak Buat Hal Tentu Maknya Akan Terpalit Sama’ – Abby Abadi Terkesan Isu Marissa Kahwin Lari Di Thailand

Shopee Sale


Pelakon Abby Abadi tampil membuka mulut dan menjawab segala persoalan netizen berhubung dakwaan yang membabitkan anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi satu temu bual bersama Gempak, Abby Abadi akhirnya mengesahkan anak perempuannya itu dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti dakwaan yang tular baru-baru ini.

Maknya akan terpalit sama

Menurut Abby, pada mulanya dia tidak mahu hadir temu bual tersebut namun, dia gagahkan diri juga untuk hadir dan menerima jemputan tersebut.

Cerita semalam. Mula-mula saya terima jemputan dari Gempak Most Wanted @astrogempak lima hingga enam hari lepas untuk sesi bersembang santai. Tiga hari sebelum rakaman saya minta tarik diri. Tapi tak boleh. Jadi saya teruskan. Semalam pagi recordingnya. Saya pergi ditemani suami.

Ujar Abby, lapan soalan pertama yang mereka tanya kepadanya adalah mengenai bulan Ramadan manakala, lima soalan terakhir melibatkan isu perkahwinan anak perempuannya itu.

Iyalah, anak buat hal tentu maknya akan terpalit sama dan ada juga ditanya tentang bekas suami. Saya tak nak jawab sebenarnya. Takut tersalah cakap, orang kata saya tak move begitu ini. Tapi terjawab juga. Cuma lupa dah apa saya jawab, korang tengok nanti.

Sedar tak sedar, temu bual hampir sejam setengah ya. Yang akan keluar cuma 20 minit sahaja. Yang akan keluar nanti yang bisa-bisa saja. Jadi dengar sajalah luahan hati seorang mama yang sedih dan sayu. Mereka yang lalui saja akan faham. Yang tak lalui ambil sebagai pengajaran okay.

Berbicara lebih lanjut, Abby berkata, sebagai hamba Allah yang beriman, dia akan berusaha untuk sentiasa bersabar dan kekal tenang. Tapi sebagai seorang Mama, sejujurnya dia sangat terkesan dengan apa yang berlaku pada anaknya.

Saya yang melahirkan dan membesarkan anak-anak. Anak-anak duduk dengan saya dari mula. Saya sediakan tempat tinggal, makan minum segala. Gigih cari rezeki nak anak-anak selesa. Hidup berangan macam orang kaya. Dapat belajar elok-elok, makan sedap. Bila tiba-tiba jadi macam ni, Ya Allah.

Macam mana saya nak buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Macam mana saya nak biarkan perkara ini berlalu begitu saja tanpa saya berusaha mencari jalan penyelesaiannya? Mana mungkin saya boleh berlapang dada macam itu sahaja. Panjang lagi kalau nak dijelaskan. Tapi tak apalah, sambung dengan post selepas ini.

MENARIK:  Mila Jirin Teringat Arwah Nenek Giling Inai, Suruh Semua Cucu Pakai Malam Raya

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular