Anak Kecewa Bapa Guna Duit Elaun Belajar & Gaji Ibu Bagi Dekat Peyondol – ’Kalau Cerai Siapa Nak Hantar Ibu Kerja, Adik-Adik Kecil Lagi’

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap bapanya yang berlaku curang terhadap ibunya.

Bapa curang, guna duit gaji isteri

Sekadar gambar hiasan

Menerusi luahan yang dikongsikan semula di platform X, wanita yang berusia 29 tahun ini mendedahkan bahawa bapanya menyesal dan berjanji untuk berubah setelah kantoi menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita yang dikenalinya ketika zaman persekolahan.

Tapi masalahnya ibu saya tak boleh terima sebab abah guna duit gaji ibu dan guna elaun belajar saya bagi dekat perempuan tak guna tu.

Tambah wanita ini lagi, dia juga telah menghubungi ‘kekasih’ ayahnya dan wanita tersebut berjanji untuk memulangkan semula duit yang telah diberikan kepadanya itu. Namun, sehingga kini dia tidak menerima sebarang wang seperti yang dijanjikan.

Perempuan tu screenshot mesej saya dan hantar dekat abah. Bukan tu je, dia hantar sihir dekat ibu untuk berpisah dengan abah.

Sekarang pun dia masih hubungi abah, cakap yang saya mesej dia minta pulangkan duit. Tapi abah tak angkat pun call dia.

Bapa tempat bergantung harap

Sekadar gambar hiasan

Mengenang apa yang berlaku, wanita ini akui kasihan melihat ibunya yang dikhianati oleh insan yang dicintai namun terpaksa terima kerana bapanya itu merupakan tempat si ibu bergantung harap.

Ibu nak cerai tapi pergi kerja hari-hari pun naik abah, kalau cerai macam mana nak pergi kerja jauh. Adik-adik saya pun kecil lagi.

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati ibu bapa wanita ini agar berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan selain cuba ikhtiar mendapatkan rawatan islam.

MENARIK:  TikTok Shop x TEKUN: Usaha Perkasa 500 Usahawan TEKUN Nasional Berjaya Cipta Kejayaan Luar Biasa!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular