‘Anak Saya Orang Baik, Bukan Penyondol’ – Ayu Puteh ‘Back Up’ Wanna Ali, Nafi Tunggang Isu Rumah Tangga Fattah Amin

Shopee Sale


Ayu Puteh

Penerbit Datuk Ayu Puteh tampil mempertahankan anaknya, pelakon Wanna Ali yang dihentam netizen gara-gara memuat naik foto bersama aktor, Fattah Amin, baru-baru ini.

Atas dasar kerja

Ayu Puteh

Ayu, 48, menyangkal dakwaan Wanna sengaja mahu menunggang atau mencari publisiti disebabkan nama Fattah sedang hangat diperkatakan susulan isu rumah tangga aktor itu yang sedang bergolak.

Kata Ayu, foto tersebut merupakan sebahagian daripada promosi drama lakonan Wanna dan Fattah berjudul Lelaki Melayu Terakhir yang kini sedang ditayangkan di Tonton.

Mohon ya netizen, masing-masing ada artis kesayangan. Wanna Ali ini anak saya, dia bukan sembarang posting.

Promo drama itu sudah pun dijadualkan, semua hanya kebetulan. Drama Lelaki Melayu Terakhir sedang ditayangkan, dia bekerja.

Kalau tak suka pun, jangan la sampai maki-maki anak orang tahap begitu. Dia bukan penyondol atau tak sensitif atau nak publisiti.

Ayu berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Justeru, Ayu menasihati netizen agar menjaga adab dalam meninggalkan komen dan tidak sewenangnya memaki hamun.

Dia orang pandai, orang baik hati. Anak yang baik kepada saya. Jaga la tulisan dan adab anda kalau nak komen pun.

Terdahulu, netizen menyifatkan Wanna tidak sensitif apabila memuat naik foto bersama Fattah di Instagram.

MENARIK:  [KUIZ] Macam Mana Nak Pilih Pelan Postpaid Yang Sesuai Dengan Gaya Hidup Korang? Jawab Kuiz Ni Baru Tahu!

Netizen berkata, Wanna hendaklah menghormati apa yang sedang melanda rumah tangga Fattah dan isteri, Nur Fazura yang ketika ini di ambang perpisahan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular