Anak Shakilla Khoriri Demam Sampai Berdarah Hidung, Dimasukkan Ke Bilik Sementara ICU

Shopee Sale


Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya, Ameena dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat.

Ameena dimasukkan ke hospital

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram story (IGS), Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, Ameena telah mengalami demam sehingga tidak berselera untuk menjamah makanan selama beberapa hari.

Selepas seminggu demam, antibiotik pun tak jalan sampai berdarah hidung. Tak makan dan minum beberapa hari dan akhirnya kita ke sini. Umi yang rasa berpinar.

Namun keadaan kesihatan anak perempuannya itu semakin lemah sehingga Ameena akhirnya terpaksa dibawa ke hospital.

Semalam subuh dah bangun hantar Ameena sekolah, terus ke kedai sampai petang dengan staf semua tak datang pun sebab sakit. Petang tengok Ameena makin lemah dan kami bawa ke hospital. 2am baru selesai dan baru dapat tidur.

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami, Fariz Zulkepley yang bertanggungjawab dan banyak membantu mereka dua beranak.

Berhimpit atas katil ni berdua. Sementara orang lain sedap tidur, umi struggle menguruskan itu dan ini untuk Ameena. Nasib kita ada uncle Fariz yang selalu tolong Umi selesaikan banyak benda.

Untuk info, Shakilla telah mendirikan rumah tangga dengan Fariz Zulkepley 24 Februari lalu.

MENARIK:  ‘Saya Cuma Komen Di Posting Datuk Vida, Kenapa Suka Maki-Maki Orang?’ – Abby Abadi

Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular