Anak Sulung Rita Rudaini Peroleh Gred Cemerlang 3.99, Dedikasi Kejayaan Buat Ibu Tersayang – ‘Ini Hadiah Hari Jadi Mommy’

Shopee Sale


Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur diatas pencapaian cemerlang anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin yang memperoleh gred tertinggi, 3.99 bagi peperiksaan tingkatan dua semester dua.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Pihak Sebelah Sana Nak Jumpa Tapi Anak Tak Nak, Saya Tak Akan Bagi’ – Rita Rudaini

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Benda Yang Saya Ingat, Anak Sulung Saya Dikatakan Bukan Anaknya’ – Rita Rudaini

Luah rasa syukur

Menerusi hantaran di Instagram, Rita mengucapkan tahniah kepada Rayyan dan rakan-rakan serta berterima kasih kepada gurunya.

Alhamdulillah syukur pada Allah tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat SUBES pula. Tahniah, Mommy akan pastikan anak-anak Mommy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan.

Doa Mommy selalu bersama anak-anak. Terima kasih Ustazah Norfaiza. Tahniah Ryan, kawan-kawan dan ustazah.

‘Ini hadiah hari jadi Mommy’

Lebih terharu lagi apabila Rayyan mendedikasikan ucapan buat ibu tersayang.

Terima kasih Mommy sebab daripada kecil sampai besar Mommy jaga Rayyan, daripada Rayyan baby Mommy ajar jalan sampai Rayyan dah dapat 3.99 ni.

Sikit lagi nak dapat straight A+ tinggal satu sahaja dapat A- dan 3.99 ni sebagai hadiah birthday Mommy. Semester akan datang Rayyan akan cuba dapat 4.00 untuk Mommy.

Selain itu, di dalam video tersebut memaparkan Rayyan dan para pelajar diraikan dalam satu majlis kecemerlangan dan menerima sijil kecemerlangan daripada Maktab Rendah Sains Mara.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Walaupun Anak Kita Orang Pandang Tak Elok, Tapi Saya Anggap Dia Baik’ – Bonda Rozita

Sekadar info, Rayyan kini merupakan pelajar di MRSM Sungai Besar (MRSM SUBES) iaitu sebuah sekolah berasrama penuh yang menawarkan program Ulul Albab kepada pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular