Angkat Perwira Sebagai Inspirasi Utama, Koleksi ‘The Malaya’ Rizman Ruzaini Bakal Jadi Tumpuan Di Paris

Shopee Sale


Pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Rizman Ruzaini menerima pujian ramai selepas memperkenalkan koleksi busana ‘The Malaya’, semalam.

Artikel berkaitan: Rizman Ruzaini Umum Tiada Lagi Koleksi Raya RR, Nak Fokus Mendunia Di Pasaran Antarabangsa

Artikel berkaitan: Sekali Lagi Lakar Sejarah! Lady Gaga Sarung Busana Rekaan Rizman Ruzaini Di Las Vegas

Angkat perwira sebagai inspirasi utama

Menurut Rizman Nordin, rekaan yang dihasilkan itu merupakan dedikasi untuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan mengangkat perwira negara sebagai inspirasi utama.

The Malaya adalah cetusan sangat istimewa yang lahir pada lubuk hati kami sebagai pereka tempatan, yang mendukung nama Malaysia dalam setiap perjalanan memperjuangkan rekaan fesyen di sini juga merentasi sempadan negara.

Baju teluk belanga dipilih sebagai tanda junjungan kasih kami buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor.

Koleksi ini adalah dedikasi dan aspirasi Rizman Ruzaini buat perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuanku Abdul Rahman.

Tambah Rizman, rekaan dalam rona zaitun dengan motif keemasan itu memberi aura klasik dan menjadi simbolik perjuangan atlet untuk meraih kemenangan di pentas Olimpik.

Mereka turut mengangkat songket sebagai motif utama dalam rekaan berkenaan. Selain teluk belanga yang akan dipakai oleh atlet lelaki, wirawati negara pula akan menggayakan baju kurung yang dilengkapkan dengan pemakaian tudung khas.

Tudung itu ‘ditabur’ dengan corak istimewa iaitu cetakan tarikh-tarikh penting berkaitan Malaysia seperti tarikh Kemerdekaan negara.

MENARIK:  Ika Nabella Puji Cara Bella Astillah Kekal Profesional, Hairan Tindakan Ruhainies ‘Sondol’ Suami Kawan Baik Sendiri?

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular