Angkat Tema ‘Realisasikan Impianmu’, TikTok Awards 2024 Kembali Lagi Pada Ogos Ini!

Shopee Sale


Acara yang dinanti-nantikan ramai iaitu malam berprestij TikTok Awards Malaysia kembali lagi bagi tahun 2024.

TikTok Awards 2024

Majlis yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos akan datang ini mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)’.

Sebagai penghargaan terhadap pencipta konten tempatan dan karya mereka, termasuk kandungan e-dagang TikTok Shop, TikTok Awards 2024 mempersembahkan tema kepelbagaian budaya Malaysia yang boleh dinikmati oleh penonton di seluruh dunia.

Acara berprestij ini dapat memberikan ruang kepada mereka untuk mengorak langkah dalam penciptaan konten dan kerjaya profesional serta dapat mengubah impian mereka menjadi realiti melangkaui skrin.

Sementara itu, Yin Yin Hooi iaitu Ketua Program & Wawasan Pemasaran SEA, TikTok meluahkan rasa teruja kerana TikTok Awards kembali lagi buat tahun kedua.

Tahun ini, kami benar-benar ingin menitik beratkan semangat komuniti kami yang berbakat dan pelbagai di TikTok Awards Malaysia 2024! Kami komited untuk merealisasikan aspirasi para pencipta kami dengan menyediakan platform di mana kreativiti dan jiwa positif mereka boleh berkembang.

TikTok Malaysia berbangga untuk menyokong komuniti tempatan kami dengan memupuk platform bagi para pencipta untuk memberi inspirasi dan saling berhubung.

Menurut Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3, pihak stesen juga berbesar hati kerana menjadi platform utama menganjurkan TikTok Awards di Malaysia.

Kerjasama ini mengetengahkan peranan TV3 sebagai penyiar utama serta menampilkan kreativiti dan bakat luar biasa dalam komuniti TikTok. Acara ini bukan sahaja meraikan pencipta kandungan yang memberikan inspirasi , malah juga mencorakkan dunia digital kita.

Seiring dengan visi TV3 iaitu untuk membekalkan informasi, memberikan inspirasi dan membawa hiburan serta menyiarkan kandungan segar dan inovatif kepada penonton.

TikTok Awards Malaysia 2024 akan menampilkan dua segmen utama iaitu Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice).

Bagi kategori Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada Khairul Aming, Angga Anugrah Putra, Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara, serta Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

Barisan panel ini akan menilai setiap pencipta konten dalam kategori masing-masing seperti Hiburan, Animasi, Permainan, Makanan, Pendidikan, Sukan, serta Kecantikan & Fesyen.

Untuk Pilihan Popular, TikTok sekali lagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka. Pengundian awam untuk lima kategori (Creator of the Year, Celebrity of the Year, Video of the Year, TikTok LIVE Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year) akan dibuka bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.

MENARIK:  Dr Say Dibayar RM10,000 Untuk Hadir Di Majlis Selama 4 Jam – ‘Sebagai Content Creator, Kita Kena Tahu Nilai Diri Kita’

Acara TikTok Awards tahun ini berbangga untuk memperkenalkan sebuah anugerah istimewa, “Changemaker of the Year”. Melalui kategori ini, TikTok berhasrat untuk mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan yang positif melalui kandungan yang dicipta.

Malam gemilang TikTok Awards bakal direalisasikan melalui gandingan hebat Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara pada malam itu.

Pencipta konten TikTok, Ceddy Ang dan Ain Edruce bakal menjadi pengacara di karpet merah manakala pencipta kandungan kategori Kecantikan dan Fesyen pada tahun lalu, iaitu Eima Safuan pula dipertanggungjawabkan sebagai pengacara belakang pentas bersama pelakon, Daniel Fong.

Nantikan juga persembahan memukau daripada Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, dan ramai lagi yang pasti akan memikat dan menghiburkan penonton sepanjang malam.

Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024!

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular