Anzalna Nasir Minta Netizen Jangan Masuk Campur Isu Perceraian Fattah & Fazura – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Masalah Dalaman’

Shopee Sale


Pelakon Anzalna Nasir memberi nasihat kepada netizen agar tidak masuk campur mengenai kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura.

Doa yang baik

Menurut Anzalna, apa yang berlaku terhadap rumah tangga pasangan itu hanya mereka sahaja yang tahu.

Doakan yang baik-baik untuk mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu masalah dalaman rumah tangga mereka. Fokus pada kehidupan sendiri tak perlu masuk campur. Hari ini, hari mereka. Siapa tahu esok lusa hari kita pula.

Anzalna turut menitipkan kata-kata semangat buat Fazura dan Fattah dan berharap segala urusan mereka dipermudahkan.

Fokus pada kehidupan sendiri

Semalam, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

MENARIK:  ‘Amir Masdi Mengaku Percubaan Menyanyi Di Studio Tidak Berjaya’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular