Asmidar Dedah Alami Masalah Ketakutan, Sukar Melawan Diri Sendiri – ‘Saya Terlalu Berkeras’

Shopee Sale


Penyanyi Asmidar mendedahkan dia mengalami masalah ketakutan dalam diri.

Artikel berkaitan: Berdepan Detik Cemas, Asmidar Kongsi Pengalaman Khemah Jualan Dilanda Ribut

Artikel berkaitan: Asmidar Ingin Fokus Pada Kerjaya Berbanding Soal Cinta

‘Takut kepada takut’

Menerusi temu bual di podcast Bukak Mulut, Asmidar berkata, dia sering mempersoalkan tentang kebolehan yang dimilikinya dan terlalu berkeras dengan dirinya sendiri.

Saya adalah seorang manusia yang penuh dengan ketakutan. Takut kepada takut.

Jadi sangat sukar untuk saya melawan diri sendiri di mana bila kita nak buat sesuatu tu benda pertama yang saya fikir adalah ‘kalau aku gagal, kalau aku tak boleh buat benda ni macam mana? Aku dah bagus ke dengan benda ni, aku buat benda ni macam aku terror je’.

Saya terlalu berkeras dengan diri sendiri. Saya adalah pengkritik diri saya sendiri.

Menurut Asmidar, dia perlahan-lahan dapat mengatasi masalah tersebut semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.

Terima kasih kepada PKP saya ada masa dekat rumah untuk belajar mengenali diri saya sendiri. Saya tahu saya banyak ketakutan jadi saya atasi benda tu secara perlahan-lahan.

Dalam pada itu, dia kini lebih berfikiran positif dan meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Allah SWT.

Bila saya ada macam pemikiran negatif, saya percaya Allah akan berikan apa yang saya boleh buat dan Allah tak akan susahkan saya. Saya percaya apa sahaja yang datang kepada saya, Allah tahu saya mampu buat benda itu.

MENARIK:  Chef Wan Letih Layan Drama Anak-Anak, Akur Bayar RM150k Kepada Bekas Menantu

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular