Awal Ashaari Lantik Peguam, Dakwa Rakan Perniagaan Tak Jujur – ‘Saya Kecil Hati & Undur Diri’

Shopee Sale


Kerana kecewa dengan proses perniagaan yang didakwa tidak dilaksanakan dengan jujur, pengacara, Awal Ashaari mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam perniagaan kopi yang diusahakan bersama seorang rakan perniagaan sejak Disember lalu.

Undur diri

Menerusi temu bual bersama Awal berkata, dia sedang menuntut hak yang sepatutnya diterima sepanjang hampir lapan bulan terbabit dalam perniagaan kedai kopi yang beroperasi di Shah Alam, Selangor itu.

Kedai kopi ini adalah satu usaha sama yang dibuat di atas persetujuan dua pihak, tapi ia tidak dilaksanakan dengan jujur sehingga membuatkan saya berkecil hati dan ambil keputusan untuk mengundur diri.

Dengan keputusan ini, saya hanya ingin menuntut hak yang sepatutnya diberikan kepada saya. Selama ini saya mengambil sikap berdiam diri kerana ingin perkara ini diselesaikan secara baik, tapi tidak mendapat sambutan sehingga seperti biasalah saya terpaksa menggunakan peguam untuk menuntut hak.

Sekarang ini semuanya masih dalam proses perbincangan antara peguam kedua belah pihak. Tapi saya baru dapat tahu daripada peminat yang kedai itu sudah tiada. Saya pun tak tahu situasi kedai itu sekarang kerana saya memang sudah lama tidak berhubung dengan individu.

Tambah Awal, dia berasa kecewa apabila perniagaan yang dibuat kerana minat terhadap kopi itu dambil kesempatan.

Saya berikan sepenuh hati untuk usaha sama ini dan sumbangan yang sewajarnya, tapi sebaliknya yang berlaku. Jadi saya pun enggan panjangkan isu ini dan ambil keputusan untuk tidak terbabit dan berdiam diri.

Sebelum itu saya sudah bertemu dengannya untuk keluar dari perniagaan ini dan saya cuma tuntut hak saya. Tapi sampai hari ini saya belum terima sehingga terpaksa minta bantuan pihak guaman.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Buat Masa Sekarang Suami Syasya Tak Bekerja’ – Rozie Othman

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular