Awal Ashaari Tiada Jiwa Berlakon, Mengaku Lebih Seronok Jadi Pengacara – ‘Dapat Pegang Mikrofon, Jadi Diri Sendiri’

Shopee Sale


Awal Ashaari

Lama tidak muncul dalam mana-mana naskhah, pelakon dan pengacara Awal Ashaari memberitahu dia kini lebih fokus melakukan pengacaraan.

Jiwa dalam pengacaraan

Awal Ashaari

Menganggap diri tidak handal berlakon, Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 43, berkata, dia seperti tidak menjadi diri sendiri setiap kali membintangi drama mahupun filem.

Kata Awal, jiwanya lebih dekat dalam bidang pengacaraan dan akui seronok menjadi hos.

Saya ambil keputusan untuk fokus kepada bidang pengacaraan, sebab merasakan diri ini tidak berapa pandai berlakon. Berilah kepada mereka yang lebih handal berlakon.

Saya lebih seronok melakukan pengacaraan, dapat pegang mikrofon dan jadi diri sendiri. Tetapi kalau berlakon rasa seperti satu paksaan.

Saya pernah berlakon 17 filem, mungkin kata tidak minat langsung berlakon. Tetapi memilih kepada yang lebih dekat dengan jiwa iaitu hosting.

Berlakon lebih menuntut banyak komitmen dan membuatkan saya tidak boleh jadi diri saya sendiri.

Awal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kita & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, pada Isnin.

Pada acara tersebut, Awal bersama isteri, Scha Alyahya turut diumumkan sebagai pasangan selebriti yang berkolabrasi dengan jenama berkenaan.

Tolak tawaran

Berkongsi lanjut, suami kepada aktres Scha Alyahya berkata, dia ada menerima tawaran lakonan, namun terpaksa menolak kerana menuntut komitmen yang tinggi.

Ada juga yang tawaran yang saya terima untuk berlakon, tetapi komitmen terlalu panjang. Saya tidak ambil.

Saya suka naskhah yang tidak makan masa yang lama atau mungkin saya akan jadi cameo dalam mana-mana naskhah. Watak-watak hero bagilah hero-hero Malaya lain yang buat.

Kalau hosting, saya akan terima dengan dada yang terbuka, saya amat menyukai.

Sementara itu, mengulas mengenai kolabrasi bersama  Mimpi Kita, Awal berkata, dia dan isteri berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan jenama tersebut.

Saya dan Scha bersetuju kerana koleksi yang dikeluarkan sangat kasual dan kena dengan gaya kami.

Walaupun jenama Kita & Co baru bertapak setahun, tetapi tidak salah untuk kami berdua gunakan pengaruh yang ada dan berkolabrasi bersama mereka.

MENARIK:  ‘Pelik Ramai Kawan Pelakon Yang Dah Tak Follow Saya Di Media Sosial’ – Shah Iskandar

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular