Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-7, Usia Kandungan Sudah 7 Bulan – ‘Insya-Allah Saya Akan Bersalin Bulan 7’

Shopee Sale


Ayu Raudhah

Pelakon Ayu Raudhah mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketujuh.

Hamil anak ke-7

Ayu Raudhah

Ketika dihubungi , Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar, 39, berkata usia kandungan sudah memasuki tujuh bulan.

Alhamdulillah iya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.

Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya.

Kepada peminat yang sentiasa ingat saya itu, saya ucap terima kasih banyak-banyak.

Dalam pada itu, isteri kepada bekas pemain bola sepak Zaquan Adha ini berkata dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan.

Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh.

Insya-Allah, baby akan bersalin hujung bulan tujuh (Julai) macam itu.

Terdahulu, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Rosix Omar memuat naik sepotong video memperlihatkan Ayu serta kakaknya iaitu dramatis popular Rozita Che Wan di sebuah majlis.

Dalam video berkenaan, Rosix berkata dia terkejut apabila mendapat tahu Ayu kini sedang menantikan kelahiran zuriat yang ketujuh.

Tidak hanya Rosix, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut berasa terkejut dan dalam masa sama mendoakan urusan Ayu dipermudahkan.

MENARIK:  Nabila Razali Memperlihatkan Sisi Lain Dalam Watak Teratai – 'Tidak Lagi Seorang Gadis Manis!'

Sekadar info, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka sudah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan cahaya mata keenam yang kini berusia setahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular