Azah Aziz Sambut Anniversary Ke-30 Tahun, Netizen Komen – ‘Maintain Betul Dua-Dua, Hebat’

Shopee Sale


Pejam celik, pejam celik rupanya sudah 30 tahun usia perkahwinan pelakon terkenal, Azah Aziz bersama suami tercintanya, Daud Leroy Abdullah.

Happy anniversary!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)

Terbaharu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Cinta Korporat’ itu memuat naik foto dirinya dan suami yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-30 tahun di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Azah yang mengenakan gaun pengantin sedang memotong kek bersama suaminya.

Azah turut memuat naik gambar dirinya dan suami sewaktu hari perkahwinan mereka pada tahun 1995 lalu.

Selepas 30 tahun, masih potong kek.

Lima tingkat kek, lama tu.

Komen netizen

Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan rumah tangga Azah dan Daud.

Ada juga netizen memuji Azah dan Daud yang dianggap seperti tidak dimamah usia.

Sekadar info, Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz mendirikan rumah tangga bersama Daud pada 7 Januari 1995.

MENARIK:  FD4: Ayie & Salma ‘Mashup’ Empat Lagu Di Pentas Akhir! Ada Elemen Kejutan Buat Penonton

Hasil perkongsian hidup selama tiga dekad itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular