Azrul Raja Lawak Dedah Faisal Halim ‘Humble’, Suka Tengok Geng Bas Sekolah Waktu Kecil

Shopee Sale


Kejadian disimbah asid yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim begitu meruntunkan hati para peminat sukan nombor satu negara.

Demi memberikan semangat buat tonggak utama Selangor FC itu, ramai pihak dari kalangan ahli sukan dan selebriti menyatakan solidariti buat Faisal agar cepat sembuh seperti sedia kala.

Faisal suka tengok ‘Geng Bas Sekolah’

Terbaharu, pelawak dan pengacara iaitu Azrul Raja Lawak turut menyatakan solidariti buat Faisal menerusi satu hantaran dimuat naik di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Asrul Zaidi Jamaluddin ini berkongsi hantaran DM IG miliknya bersama Fasial.

Dapat dilihat Faisal menitipkan ucapan terima kasih buat Azrul yang memberikan undian buat jaringannya ketika menentang Korea Selatan sewaktu edisi Piala Asia 2023 yang diadakan di Qatar pada Januari awal tahun lalu.

Lebih menarik, pemain sayap berusia 26 tahun itu memaklumkan dirinya sering menonton drama bersiri lakonan Azrul yang berjudul ‘Geng Bas Sekolah’ satu ketika dahulu.

Terima kasih (undi) boss.

Waktu kecil dulu tak pernah lepas tengok ‘Geng Bas Sekolah’.

Di ruangan kapsyen, Azrul meminta orang ramai utnuk mendoakan agar Faisal diberikan kesembuhan dan dapat kembali beraksi di atas padang seperti sediakala.

Seorang insan yang sangat baik, rendah diri dan mesra.

Marilah kita panjatkan doa agar Faisal Halim sembuh seperti sediakala dan dapat kembali beraksi sebagai seorang pemain bola sepak yang merupakan minat dan karier utamanya.

Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

MENARIK:  Guru Agama Di Kelantan Didakwa Liwat Tiga Pelajar Tahfiz Sejak 2 Tahun Lalu

Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular